Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jurumekap ugut Alyah


HATI siapa yang tidak bangga dan terharu kalau diberi peluang menyanyikan segmen tribute kepada artis senior handalan. Begitulah perasaan penyanyi popular masa ini, Alyah apabila dijemput menyanyikan lagu hit seorang penyanyi tersohor dalam satu segmen khas pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) akan datang.

Malah, Alyah bukan keseorangan sebaliknya ditemani seorang lagi penyanyi bersuara hebat, Dayang Nurfaizah di pentas pada malam itu kelak. Buat masa ini, SS terpaksa rahsiakan dulu siapakah penyanyi terkenal yang akan menerima anugerah pada tahun ini atas permintaan penganjur, tetapi persiapan rancak sedang dibuat Alyah dan Dayang bagi memberikan persembahan mantap. Harap-harap semua menjadi.

SS pun tidak sabar menyaksikan persembahan kedua-dua mereka yang akan diiringi pemuzik pimpinan Ramli M S dan Alyah diberikan bahagian chorus paling tinggi disebabkan vokalnya yang lantang itu.


Sementara itu, sebelum naik ke Genting tiga minggu lagi, SS dengar juga cerita hangat Alyah dikatakan mungkir janji dengan seorang jurumekap baru yang selalu menyoleknya untuk persembahan pentas dan foto sesi.


Alyah dikatakan dah berjanji untuk guna servis jurumekap berkenaan, tetapi tiba-tiba rancangan itu bertukar. Sumber di pihak Alyah berkata, apa yang terjadi, jurumekap itu lambat berikan respon apabila dihubungi untuk meminta gambarnya bagi dibuat pas khas. Seperti biasa, setiap petugas yang terbabit dengan acara berprestij itu, perlu ada pas. Senang cakap, bila dah lambat, alamat kena tinggal baslah kan? Tapi untuk memenuhi janjinya, SS dengar Alyah sanggup membayar kos yang dijanjikan itu. Namun, jurumekap tadi pula dah merajuk. Biasalah, SS faham, 'adik-adik' memang kuat merajuk! "Yang tak syok tu, jurumekap tu nak main ugut-ugut pula nak jatuhkan Alyah. Hai, jurumekap yang top macam Izzat, Nurul Syukor, Zulfazli dan Tona pun tak pernah cakap macam macam gitu, siapa dia tu? Eloknya, makin tunduk, makin berisi," kata sumber yang rapat dengan Alyah.


SS harap, kalau ada sebarang masalah pun, selesaikan dengan cara diplomasi, berbincang baik-baik dan bersemuka. Selalu terjadi, apabila sudah baik, segala dalam kelambu habis diceritakan kepada orang tapi bila dah masam muka, pintu kelambu habis dikoyak rabak! Tahu sajalah, dunia hiburan kita kecil saja, pusing-pusing akan jumpa batang hidung yang sama. Yang penting, SS sendiri tak mahu lepaskan peluang tengok malam kemuncak ABPBH2009. SS nak tunggu sangat persembahan One Nation Emcees & Datuk M Daud Kilau dalam lagu Raja Gelek. Huh, pasti gempak! Dengar cerita, juga ada seorang penyanyi top yang teringin sangat buat persembahan kali ini, tetapi akhirnya sentap dengan penganjur sebab dia tak termasuk dalam senarai persembahan. Kenapa? Khabarnya, sebab lagu barunya tu 'kurengg' sedap sikit. Jadi mudah cakap, tahun depan, rakamlah lagu lain yang lebih sedap.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails