Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Siapa benar, siapa salah?-Alyah


Juru solek artis, Famee Abdullah Radzi, 27, berang apabila timbul isu kononnya dia mengugut untuk menjatuhkan Alyah selepas penyanyi itu menamatkan khidmatnya sebagai juru solek untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 4 April depan.

Menurut Famee tidak timbul isu mengugut tetapi masalah yang berlaku berpunca apabila Alyah sendiri tidak bersikap professional dalam menjalankan tugas.

Sebelum ini ada laporan yang menyebut seorang juru solek mengugut untuk menjatuhkan Alyah.

Famee mendakwa, salah faham berlaku minggu lalu apabila pada mulanya dia dihubungi oleh seseorang menerusi satu panggilan telefon yang dia tidak kenali.

Famee tidak menjawab panggilan berkenaan kerana bimbang ia satu panggilan bertujuan untuk mengganggu.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu Famee ada menghubungi Alyah untuk bertanya mengenai beberapa urusan sebelum ABP itu berlangsung.

Katanya, dalam perbualan itu Alyah tidak menjelaskan yang dia sebenarnya sudah mempunyai juru solek lain untuk acara berkenaan.

"Semasa saya telefon Alyah dia tidak beritahu pun dia sudah ada mekap artis lain. Sebaliknya dia tanya saya ada atau tidak seorang perempuan menghubungi saya yang mahu meminta gambar berukuran pasport untuk dibuat pas masuk acara berkenaan.

"Saya pun cakaplah ada orang telefon daripada nombor yang tidak dikenali tapi saya tak angkat. Saya terkejut juga Alyah kata perempuan itu ialah pembantu peribadi (PA) dia yang bernama Suraya. Setahu saya selama ini orang lain bekerja sebagai pembantu peribadinya.

"Selepas itu terus saya berhubung dengan Suraya dan bertanya soal pass yang dimaksudkan itu. Malangnya kata Suraya, syarikat tidak memerlukan khidmat saya lagi untuk menyolek Alyah pada majlis berkenaan. Syarikat juga mahu membayar ganti rugi kepada saya.

"Alasan yang diberi, saya tidak diperlukan kerana gambar untuk buat pass itu tidak saya serahkan awal. Saya bertanya kepada Suraya kenapa dia tak hantar SMS? Dia jawab, memang itu salah dia," katanya.

Menurut Famee, dia agak kecewa kerana semasa berbual dengan Alyah, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang itu tidak memberitahu hasrat hatinya untuk menggantikan khidmatnya dengan orang lain.

"Alyah cari saya"

Bercerita mengenai tawaran untuk berkhidmat dengan Alyah pada ABP itu kata Famee ia sebenarnya datang daripada Alyah sendiri.

Alyah membuat tawaran itu selepas kali pertama mereka bekerjasama untuk sesi fotografi dengan Majalah Hai tidak lama dulu.

"Dia tanya saya nak atau tidak jadi juru solek dia sempena ABP nanti? Saya kata tak kisah untuk bekerjasama dengan dia.

"Selepas itu hubungan kami baik. Nak keluar lepak-lepak atau minum bersama pun dia selalu hantar SMS kepada saya.

"Saya senang bekerja dengan dia. Tak ada masalah pun. Cuma yang saya kecewa apabila dia tamatkan kerja saya bukan dengan cara yang professional.

Saya tak kisah kalau dia bagi tahu saya awal-awal kerana saya boleh mencari peluang kerja lain tetapi apabila pada saat-saat akhir dia buat macam tu, tak eloklah," katanya.

Menurut Famee lagi gara-gara mengikat janji dengan Alyah itu, dia terpaksa menolak beberapa tawaran mengandam dan menjadi mekap artis selebriti lain gara-gara ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Alyah.

Gara-gara kejadian itu Famee merasakan dia teraniaya kerana ia turut menjejaskan pendapatannya sebagai juru solek bebas.

Kenapa tak minta maaf?

Kata Famee jika Alyah benar-benar bersalah penyanyi itu harus meminta maaf untuk menyelesaikan keadaan.

Yang dia kecewa Alyah ada menghantar mesej menerusi Facebook miliknya untuk mengambil tindakan saman.

"Kalau kita buat salah, kita mohon maaf dah cukup. Tak payah nak ugut untuk saman-menyaman," ujarnya.

Kata Famee dia membuat kenyataan ini bukan untuk mencari glamor tetapi untuk menegakkan haknya sebagai seorang mekap artis.

Ujarnya, jika seseorang itu berada pada tempatnya mungkin mereka akan merasakan kekecewaan serupa.

Famee juga turut menafikan kenyataan ini bertujuan menjatuhkan Alyah kerana jika dia mahu membunuh kerjaya penyanyi itu, sudah lama dia berbuat demikian.

Tapi isunya sekarang Alyah sewajarnya bertindak lebih bijak dalam menangani sesuatu perkara.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails