Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fouziah, Hani melekat 12 jam sehari


Ternyata, keunikan kehidupan kembar siam menarik minat Prof Madya A Razak Mohaideen untuk diangkat ke layar perak melalui filem Dua Hati Satu Jiwa. Watak kembar siam diserahkan kepada Fouziah Gous dan Yasmin Hani (Hani) sebagai teraju utama.

Turut menjayakan filem yang dihasilkan dengan kos RM1.5 juta ini ialah Mustapha Kamal dan Ziela Jalil sebagai ibu bapa mereka manakala Jalil Hamid dan Siti Hajar sebagai pensyarah.

Walaupun filem ini dijangka ditayangkan di pawagam awal tahun depan, seperti kebiasaan filem arahan Razak yang lain, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam diberi penghargaan sebagai penonton pertama menyaksikan filem itu sebelum ditayangkan kepada umum.

Ternyata, ia mendapat sambutan cukup baik apabila lebih 200 penonton membanjiri Dewan Sri Budiman, UiTM. Ia turut dihadiri barisan pelakon filem itu.

Fouziah berkata, dia tertarik berlakon dalam filem itu kerana kali pertama membawa watak orang kurang upaya (OKU). Ia memberi peluang kepadanya menyelami kehidupan mereka selepas menonton kisah kembar siam dari Iran, Ladan dan Ladeh Bijani.

“Dalam filem ini, saya membawa watak Lana yang juga adik Lina (lakonan Hani). Sebagai adik, watak saya manja dan seperti kebudak-budakan.

“Banyak cabaran yang saya hadapi untuk menjiwai watak Lana yang juga kembar siam. Saya terpaksa mengimbas kembali zaman kanak-kanak kerana perangai Lana seperti budak-budak kerana dia dan kembarnya, Lina banyak menghabiskan masa bermain dalam rumah saja. “Saya juga mengalami sakit pinggang selama sebulan kerana terpaksa memakai kostum khas di badan untuk melekat sebagai kembar siam dalam filem ini.

“Selain itu, saya juga terpaksa menahan kesakitan dan menangis kerana kepala dan leher mereka melekat menggunakan lateks dan skru yang dipasang di kepala. Bayangkan kami terpaksa melekat lebih 12 jam setiap hari semata-mata untuk menjiwai watak kembar siam ini sebaik mungkin seperti dikehendaki pengarah,” katanya.

Kata Fouziah , kini baru dia sedar betapa pentingnya kita menyediakan kemudahan tandas khusus untuk kembar siam dan golongan OKU lain.

“Selepas berlakon watak kembar siam ini, barulah saya sedar betapa sukarnya kehidupan sebagai kembar siam atau OKU ini.

“Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan juga perlu menyediakan lebih banyak kemudahan untuk golongan OKU di tempat awam menjalani kehidupan mereka dengan selesa,” katanya.

Sekalipun, ia gandingan pertamanya dengan Yasmin Hani, Fouziah yakin keserasian mereka terserlah dalam filem itu. Katanya, Hani tidak cerewet dan memudahkan mereka bekerjasama sepanjang penggambaran filem itu.

Filem ini berbeza dengan kebanyakan filem yang dihasilkan penerbit tempatan yang suka memilih tema klise seperti cinta, aksi atau seram. Malah Razak yakin filem ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu menjadi perhatian penonton.

“Filem ini mempunyai sedikit kelainan, tapi masih berkisarkan kasih sayang antara keluarga dan kehidupan OKU. Dengan tema yang menyentuh hati dan perasaan, saya juga pastikan filem ini tidak terlalu berat untuk tontonan masyarakat.

“Saya anggap tayangan malam ini sebagai percubaan untuk melihat reaksi penonton dan potensi filem ini. Selain menghiburkan, saya mahu khalayak sedar peranan dan rutin OKU,” katanya.

Razak yang terkenal dengan filem cinta berkata, idea menghasilkan filem itu muncul selepas membaca kisah kembar siam Iran, Ladan dan Laleh Bijani .

“Saya kagum dengan semangat dan sikap positif Ladan dan Laleh Bijani yang berjaya menjalani hidup sebagai manusia normal dan mampu bergelar graduan walau hakikatnya fizikal mereka berbeza dengan manusia biasa.

“Memang tidak ada kes sebegini di Malaysia, tetapi siapa tahu pada masa akan datang?.

Saya juga yakin setiap OKU mempunyai masalah mereka sendiri yang perlu kita selami,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails