Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fasha Tidak Kisah Berganding Dengan Nora


Apa akibatnya apabila Fasha Sandha dan Nora Danish digandingkan bersama dalam drama? Ramai yang tahu kedua pelakon jelita ini tidak sebulu apabila Fasha dituduh penyebab kepada keretakan rumah tangga Nora Danish dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Namun itulah realitinya apabila mereka akan berlakon bersama dalam Spa Qistina musim terbaru. Namun menurut Fasha, hanya ada sedikit adegannya bersama Nora dan menganggap sebahagian daripada kerjayanya sebagai pelakon.

"Kita memang tidak boleh lari atau elak semua ini. Dunia hiburan Malaysia kecil saja. Pusing mana pun akan bertemu jua. Namun saya tiada masalah untuk digandingkan bersama.

"Tak ada kesan apa pun jika kami digandingkan bersama. Memang ada tawaran untuk menggandingkan kami namun saya terpaksa tolak kerana terikat dengan komitmen lain. Saya bersyukur jika Nora setuju untuk digandingkan bersama setelah kontroversi yang mengganggu kami sebelum ini.

Putus Cinta

Selepas hubungannya dengan ekuesterian negara, Qabil Ambak tidak kesampaian, Fasha menjelaskan dirinya tidak mahu terlalu fikirkan soal jodoh dan biarlah ianya datang dengan sendiri.

"Saya terima jodoh dengan sesiapa sahaja yang datang. Memang ramai yang tanya bila saya akan berkahwin apabila mendedahkan cerita cinta namun tak baiklah jika saya kahwin semata-mata untuk menutup kontroversi.

"Saya tidak memilih yang kaya sangat, cukuplah yang boleh buat saya selesa dan hidup saya tak disia-siakan. Ikut kemampuanlah, tidaklah sampai saya meminta untuk tinggal di istana

Fasha mengesahkan segala kenyataan yang keluar daripada laman sosial mengenai hubungan beberapa selebriti lelaki.

"Orang yang rapat dengan Fasha menulisnya tanpa pengetahuan saya namun segalanya benar kerana saya banyak berkongsi rahsia dengannya.

"Dia bertindak sedemikian supaya masyarakat tahu perkara sebenar yang berlaku dan supaya tidak menuding jari kepada saya ke atas segala kesalahan yang terjadi.

Memang saya menangis apabila membacanya dan saya terima jika selepas ini peminat nak cakap apapun," ujarnya yang mengakui sudah lama tidak menghubungi Ally Iskandar.

Menurut Fasha, walaupun dirinya sering gagal bercinta namun ia tidak menganggu perjalanan kerjayanya. Sokongan keluarga dan peminat sentiasa bersama membuatkan dirinya terus cekal hadapi dugaan yang mendatang.

Kembali Normal

Walaupun sebelum ini Fasha dipulau oleh media atas sikapnya, namun Fasha berdoa agar keadaan kembali normal seperti biasa.

"Saya bersyukur sedikit demi sedikit media kembali menegur saya. Mungkin mereka sudah memaafkan atas sikap saya dahulu.

"Saya ingin mengambil peluang kedua ini untuk cuba yang terbaik untuk anda semua," ujar Fasha yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Spa Qistina musim terbaru di Kuala Lumpur.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails