Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nabila Huda Bengang Dituduh Curang!


Mengucap panjang Nabila Huda, 25, apabila ditanya tentang gosip dia kononnya sedang intim dengan seorang pelakon lelaki seperti yang telah kedengaran, baru-baru ini.

Umum mengetahui bahawa anak perempuan kepada rocker Amy Search ini telah mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihannya, Zaidy Zailani, 28, pada penghujung tahun lalu.

Namun, apabila timbulnya gosip seperti ini, pihak media ingin tahu apakah yang telah terjadi kepada rumahtangga Nabila. Ternyata Nabila bukan saja terkejut dan bengang, malah terguris dengan tuduhan mengatakan dia telah curang.

"Siapalah yang telah menyebarkan cerita karut itu dan mengapakah orang itu sanggup buat fitnah semacam ini? Semua tak berasas sama sekali!

"Sepanjang menceburi bidang lakonan, saya tak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana krew serta pelakon lelaki. Tanyalah siapa pun baik pengarah mahu pun produser drama serta filem.

"Mereka memang sudah faham prinsip dan budaya kerja saya ini. Sebab, saya cari makan dalam bidang ini dan kalau boleh saya mahu jadi pelakon yang profesional. Sebab itu, saya tidak pernah mahu bercinta dengan rakan seperjuangan dalam bidang yang sama.

"Memang tidak gemar bercinta dengan sesama rakan artis. Lihatlah, suami saya sekarang bukan dari kalangan artis. Malah, saya juga tidak ramai kawan-kawan dari kalangan artis. Kalau mahu cubalah periksa telefon bimbit saya, kebanyakanya nombor telefon saya adalah kawan-kawan perempuan," kata Nabila.

Nabila juga turut menganggap bahawa gosip dan tuduhan itu sebagai tidak munasabah dan bertujuan untuk memporak-perandakan rumahtangganya.

"Saya terlalu mencintai suami saya. Hubungan kami suami isteri OK dan kami juga tidak berhadapan dengan masalah. Malah, saya juga tiada masalah dengan keluarga mentua saya.

"Untuk pengetahuan semua juga, saya sekarang ini sedang mengandung dan usia kandungan saya sudah pun mencecah 2 bulan. Saya dan Zaidy cukup gembira dengan berita kehamilan ini.

"Jadi, pada sesiapa yang menyebarkan fitnah yang seperti ini, hentikanlah. Kalau ada, tolonglah beritahu siapa pelakon lelaki yang dikatakan mempunyai hubungan dengan saya itu. Saya sendiri pun teringin hendak tahu," katanya lagi.

Nabila Huda adalah antara pelakon yang menjayakan filem komedi Pisau Cukur arahan Bernard Chauly. Ia bakal ditayangkan di seluruh pawagam tempatan bermula pada 5 November ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails