Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nia Ramadhani dilamar


Wataknya sebagai Bawang Merah dalam drama bersiri Bawang Putih dan Bawang Merah begitu meninggalkan kesan sehingga ada antara penonton yang membenci Bawang Merah. Watak kejam ini berjaya dibawa dengan baik oleh pelakonnya Nia Ramadhani.

Kini Bawang Merah sudahpun berpunya dan gadis cantik berusia 18 tahun ini sudahpun menemui raja hatinya. Bukan sebarangan orang yang berjaya mengetuk pintu hati Nia Ramadhani, dia anak kepada pengusaha terkenal dan Ketua Umum Partai Golkar yang baru Aburizal Bakrie iaitu Ardie Bakrie.

Percintaan Nia dan Ardie sudah lama dijejak oleh media dan kedua-

duanya tidak pernah mengelak malah senang mempamerkan kemesraan mereka. Kini percintaan mereka disusuli dengan acara lamaran yang dilakukan oleh Ardie terhadap Nia pada 17 oktober lalu.

Rombongan peminangan dipimpin oleh bapa Ardie sendiri iaitu Aburizal Bakrie dan disambut oleh bapa Nia, Priyatna Ramadhani dan keluarganya. Rombongan pihak lelaki yang datang dengan bas pelancongan membawa tujuh dulang hantaran.

Walaupun semasa acara lamaran dilakukan hujan turun dengan lebatnya, namun acara yang bertemakan adat Sunda ini berlangsung dengan lancar.

pasangan ini dijangka akan disatukan pada bulan April tahun depan iaitu berdekatan dengan ulang tahun kelahiran Nia yang ke-19 yang jatuh pada tanggal 16 April 2010.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails