Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saman terhadap Amy diteruskan



KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak yang melecur terkena kuah tomyam di Restoran Laksamana Cheng Ho milik penyanyi Amy Search berjaya meneruskan tuntutan saman RM300,000 terhadap penyanyi rock itu selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan rayuan plaintif.

Sehubungan itu, Hakim Lau Bee Lan juga mengetepikan dengan kos keputusan Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada 30 Januari lalu yang membatalkan saman terhadap Amy (gambar) atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51.

Bee Lan membuat keputusan itu di kamarnya selepas mendengar hujah peguam kedua-dua belah pihak.

Plaintif, Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir, 4, diwakili peguam, Adnan Seman manakala peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili Amy.

Kes itu kemudian ditetapkan pada 5 November depan untuk sebutan semula di Mahkamah Sesyen Sivil di sini.

Adnan yang ditemui di luar mahkamah berkata, hakim membuat keputusan itu setelah menerima rayuan plaintif bahawa terdapat bukti-bukti dan kenyataan media oleh defendan sebelum ini menunjukkan restoran itu milik artis berkenaan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails