Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dunia ciptaan Edrie


NAMA yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Edrie Hashim. Dia pemain gitar, dialah penerbit lagu, dia juri dan dia juga selalu menjadi tulang belakang dalam persembahan pentas selaku pengarah muzik.

Dalam masa yang sama, dia merupakan Pengarah Urusan syarikat rakaman, Neo Gendang Sdn. Bhd. dan sibuk membuat konsert bergerak bersama band-band indie di bawah projek Radio Rosak.

Predikat tersebut tidak membuat egonya melambung tinggi. Edrie, 36 tahun, cukup sederhana dan ringkas, tetapi ada 'api' dalam matanya.

Rock & roll - begitu dia senang menggambarkan perjalanan hidupnya. "Saya memang menjalani kehidupan yang rock & roll. Umpamanya, saya selalu berada di hujung simpang, tapi tak pernah masuk ke simpang itu."

Duduk di hadapan saya dalam studio miliknya, Edrie berkongsi aspirasi sebagai seorang pejuang muzik tanah air.

"Kalau disuruh memilih antara main gitar, menerbit atau juri, saya pilih menerbitkan album. Menerbit atau menghasilkan sesebuah lagu itu punya seni tersendiri.

"Sebab itu saya akan pastikan semua lagu ciptaan saya mempunyai kawalan kualiti yang baik. Melodi boleh diubah menjadi sedap jika kena caranya.

"Kemudian, ia juga mesti sesuai dengan karakter penyanyi yang bakal membawakan lagu tersebut. Misalnya kalau saya sedang hasilkan album Ella, saya akan campurkan karakter Ella dan aspirasi atau trademark Edrie iaitu sesuatu bunyi yang moden dalam album tersebut.

"Dengan menjadi seorang penerbit, saya mampu mengekalkan legasi saya kerana setiap karya seni ciptaan saya akan terus kekal," ujar bekas penuntut Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dalam jurusan Teknologi Maklumat (IT) ini.

Pernah menganggotai sebuah band dan bubar selepas kecoh isu rambut panjang, Edrie mula berkreativiti menerbit album pada tahun 1995 iaitu album temannya, Shakar. Sejak itu dia diberi kepercayaan banyak artis termasuk nama besar industri seperti Search, Awie dan Hattan untuk menghasilkan album mereka.

Cukup tersohor dalam lapangannya, kata Edrie itu bukan tiket untuk dia bersenang lenang. "Sekarang saya mahu bantu muzik tempatan jadi lebih baik dan maju agar boleh diterima dengan lebih baik. Jika saya mampu memberi semangat kepada anak-anak remaja untuk bekerja keras dan berjaya dalam industri, itu sudah cukup menyentuh hati saya," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails