Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Diana Danielle bukan five star - Erma


Siapa yang betul, siapa yang salah? Itulah persoalan apabila membicarakan kekecohan teater Natrah yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 30 November ini. Pengarah teater itu Erma Fatima terpaksa melupakan hasrat untuk melihat bakat Diana Danielle, 18, apabila pelakon itu menarik diri bagi memegang watak berkenaan. Alasan Diana hanya satu iaitu soal bayaran. Janji lain, nak bagi lain.

"Kak Erma mulanya janji nak bagi RM10,000 tapi bila orang IB (Istana Budaya) datang, dia orang kata hanya mampu bagi RM7,000 sahaja," kata Diana.

Erma pula ketika ditanya benarkah dia berjanji jumlah tersebut, tidak mahu mengulas mengenainya.

Kata Erma, soal bayaran dia tak campur kerana tugasnya sebagai pengarah teater. Hal wang ringgit adalah di bawah bidang kuasa pihak Istana Budaya. Dalam masa yang sama jelas Erma, Diana juga perlu menyedari dia bukanlah artis bertaraf lima bintang dan belum teruji kemampuannya berlakon teater.

Atas sebab itulah bayaran dikeluarkan berdasarkan kepada pengalamannya itu.

"Pihak Istana Budaya tak boleh sewenang-wenangnya keluarkan bajet kepada bukan artis five star," kata Erma.

Natrah yang diterbitkan oleh IB itu mengambil kisah kehidupan gadis bernama Natrah suatu ketika dahulu yang menjadi rebutan dua negara melibatkan Belanda dan Singapura sehingga berlaku pertumpahan darah.

Teater itu akan dilakonkan oleh beberapa pelakon popular antaranya Maya Karin menggantikan Diana Danielle, Remy Ishak, Sofia Jane dan Umie Aida.

Menghurai permasalahan mengenai pementasan teater itu saya mendengar sendiri penjelasan Erma dan Diana Danielle. Ikuti temu bual dengan mereka.


Diana menarik diri pada saat-saat akhir. Terkejut?

ERMA: Saya tak ralat dengan keputusan dia cuma saya sedikit sedih dan malu. Malu sebab saya yang jumpa abang Jo (Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani). Saya yang cadangkan nama Diana kepada Abang Jo dan dia setuju. Itu sajalah.

Kenapa Diana? Tak ada orang lain ke?

Mula-mulanya untuk watak Natrah yang memerlukan gadis berdarah kacukan, saya hanya fikir dialah. Bila dia setuju, tak ada masalah bagi saya. Bila dia tarik diri, saya tak boleh nak cakap apa-apa. Lagipun Diana pernah suarakan hasrat nak berlakon teater selepas dia tonton teater saya Sirah Junjungan tak lama dulu.

Kata Diana soal bayaran. Erma janji RM10,000 tapi yang dia dapat RM7,000. Kenapa begitu?

Soal bayaran saya tak boleh nak bagi komen sebab semuanya adalah urusan IB. Dia orang yang tentukan. Saya cuma diberi tanggungjawab untuk mengarah teater saja. Cuma saya difahamkan bayaran yang diberikan kepada Diana selepas IB meneliti pengalamannya. Dia tak pernah berlakon teater. Sebab itulah ada kadar tertentu untuk dia. Dia orang tak boleh bagi bayaran sembarangan. Lagipun Diana bukan pelakon bertaraf lima bintang. IB tak boleh sesuka hati keluarkan bajet five star untuk bakat baru macam dia.

Bagaimana dengan bayaran untuk Maya Karin yang mengambil alih tempat Diana?

Saya difahamkan bayarannya lebih sikit daripada Diana. Yalah... Maya pelakon hebat. Ada pengalaman dan pernah menang banyak anugerah. Bayarannya perlulah setimpal dengan bakatnya.

Tak rasa rugi kehilangan Diana?

Saya tak rasa rugi apa-apa kerana saya ada barisan pelakon yang besar-besar namanya. Pelakon yang mantap-mantap kedudukannya. Mereka semuanya bagus. Dan yang penting Natrah akan tetap berjalan mengikut jadual.

Sepatutnya pihak produksi dah maklumkan kepada Diana soal bayaran berlakon teater lebih awal.

Perkara itu sudah diberitahu kepadanya awal-awal dulu. Saya boleh katakan yang pentas teater bukannya pentas untuk buat duit. Belum ada pelakon teater yang kaya-raya melainkan mereka dilahirkan memang seorang yang kaya. Mengenai Diana ni saya faham kedudukannya. Dia terpaksa tolak tawaran ini kerana perlu mencari tawaran lain yang lebih lumayan. Sebab dia perlu cari duit nak bayar bil, nak bayar pelajaran dia dan macam-macam lagi. Sebab itu saya tak marah Diana kerana saya tahu tanggungjawab dia besar untuk menyara keluarga.


Adakah pada masa akan datang Erma sudah serik untuk membuat tawaran kepada Diana?

Kalaulah akan datang dia tak banyak komitmen dan dia nak cuba, kita akan tawarkan. Tak ada masalah. Diana tak buat kesalahan cuma situasi yang memaksa dia mengambil keputusan menarik diri.

Selepas ini adakah hubungan Erma dengan Diana akan renggang. Mana tahu?

Tidak! Hubungan saya dengan Diana, dengan mak dia (Norsiah) masih baik. Saya hormat Diana macam adik saya, saya hormat mak dia macam emak saya juga. Tak ada masalah mengenai hubungan kami.

Kenapa tak tepati janji?

Macam mana Diana boleh nak tarik diri?

DIANA DANIELLE: Susah juga saya nak buat keputusan. Itupun selepas fikir panjang. Minta pendapat Mama dan beberapa pihak. Akhirnya saya buat keputusan yang dianggap muktamad.

Soal bayaran puncanya. Nanti orang sangka Diana mata duitan.

Diana pun takut orang ingat macam tu. Tapi macam nilah. Mula-mula Kak Erma janji nak bagi RM10,000. Bila orang IB datang, dia kata boleh bayar RM7,000. Saya dan Mama minta naikkan sikit bayaran tu tapi dia orang boleh tambah RM500 saja. Fikir punya fikir saya terpaksa tarik diri. Kalau nak cakap soal mata duitan, sebelum terima tawaran Natrah saya dah ada tawaran lain yang bayarannya lebih tinggi daripada jumlah tu. Tapi saya tolak juga kerana saya nak cuba berlakon teater. Tapi tak apalah bang... saya anggap tak ada rezeki.

Diana tolak tawaran lain itu bermakna Diana dah bagi komitmen untuk teater ini. Betul tak?

Ya... memang betullah. Saya terkilan cuma satu je iaitu kenapa dia orang tak menepati janji? Kita ni pegang pada janji. Kalau janji itu tak diubah, masalah ini tak akan timbul.

Bagi Diana adakah isu Diana tarik diri ini sesuatu yang besar kesannya?

Masalahnya Diana tak tanda tangan apa-apa perjanjian lagi. Jadi bila kita tolak, bukanlah satu masalah besar pun. Lainlah kalau kita dah tandatangan black and white atau langgar kontrak apa-apa.

Diana boleh hadapi ujian ini?

Tak ada masalah setakat ni sebab Diana dah pernah berhadapan dengan masalah paling besar sebelum ini. Dulu pernah kena, bila ada masalah baru, senanglah sikit. Tapi Diana tak nafikan kadang-kala sedikit tertekan apabila diburu wartawan dan perlu jelaskan benda yang sama.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails