Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ahmad Dhani sokong poligami


Lagu baru Ahmad Dhani, Madu Tiga mendapat sambutan memberangsangkan di Indonesia.

Lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu diberi nafas baru oleh Dhani dengan sentuhan swing dalam album Muhammad Dhani And The Swinger.

Ada yang tanya adalah ia lambang keinginan sebenar Dhani yang pernah bercerai dengan Maia Ahmad dan dikaitkan dengan bekas pasangan Maia dalam Ratu. Mulan Jameela?

Kata Dhani: "Semua lelaki sukakan poligami. Cumanya ada yang takut kerana ia boleh menjadi kontroversi. Saya memang menyokong poligami selagi ia dibenarkan oleh agama Islam."

Namun pada saat ini lelaki itu masih berstatus duda beranak tiga.

Dengar lagu Madu Tiga di Kuala Lumpur

Walaupun album yang memutkanlagu-lagu lama yang dirakam semula dalam sentuhan swing itu baru dipasarkan, namun perancangannya telah lama dibuat kerana jiwanya sangat kuat dengan muzik jazz.

"Semasa saya berjalan di Bukit Bintang saya dengar lagu ini dimainkan di kedai. Saya tertarik kerana liriknya yang unik dan ia sesuai kalau mahu diberikan mood swing," kata Dhani.

Dhani menerbitkan sendiri album itu kerana ia memerlukan bajet besar dan syarikat tidak mahu menanggung risiko menghasilkan sesuatu yang tidak popular.

"Saya hasilkannya untuk keinginan saya sendiri dan saya akan terbitkan lagi kalau ada rezeki lagi selepas ini. Malah saya sudah pilih lagu lama Di Wajahmu Kulihat Bulan nyanyian Samsaimon," jelas Dhani semasa melancarkan album tersebut di Kuala Lumpur hari ini (28 Oktober 2009)

Nyanyian menjelang tua

Dhani juga menghasilkan album sedemikian kerana dia mahu menyanyi sampai tua. Apabila tua nanti inilah konsep muzik yang akan dibawakannya.

"Apabila tua nanti tentu tidak pantas lagi saya menyanyikan lagu-lagu rock atau pop. Kalau lagu swing pastinya sesuai," kata penyanyi utama kumpulan Dewa 19 itu lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails