Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Pelayaran Fateen


IRONI, tahun ini sudah tujuh tahun dia mendayung sampan untuk melepasi gelora besar dalam badai dunia hiburan. Sepanjang tujuh tahun pelayarannya, dia sering bertemu dengan gelombang besar yang membuatkan namanya hanya terselit di sebalik 'batu-batu besar' industri hiburan.

Hanya tahun ini, nama Puteri Fateen Nasuha disebut-sebut. Bakat lakonannya mula diperhatikan. Di kaca televisyen, gadis yang baru berusia 19 tahun ini mewarnai drama pelbagai genre, menampakkan mutunya sebagai seorang pelakon baru berbakat besar.

Jika ada yang masih ingat dengan watak seorang gadis dijangkiti penyakit kulit dan kemudian terpaksa berkahwin pada usia muda dengan lelaki tua dalam drama berjudul Raksasa, inilah orangnya. Pada ketika itu, dia baru berusia 15 tahun.

Kerana keberkesanan lakonan mantapnya sebagai gadis teraniaya itu, rezekinya makin terbuka. Sedang hakikatnya dia sudah mula menjadi pelakon sampingan pada usia 13 tahun.

"Sepatutnya saya jadi penyanyi, bukan pelakon. Tapi sebab ada masalah sewaktu merakamkan album, impian itu terkubur sahaja. Saya sangat minat nak jadi pelakon, juga kerana sokongan ibu, saya masuk agensi dan memilih untuk jadi pelakon," cerita Fateen yang mempunyai dua orang adik iaitu Puteri Alia Natasya, 14, dan Puteri Asyura Nur Ain, lapan tahun yang juga berjinak-jinak sebagai pelakon.

Lantas apabila pintu lakonan buatnya sudah terbuka, dia tidak menoleh ke belakang lagi. Selain Raksasa, Fateen juga cukup terkenal menerusi lakonannya dalam Puteri Salju, Rempit VS Impak Maksima dan yang sedang hangat ditayangkan, drama komedi, Cik Ah Cik Nin. Menanti, sebuah drama muzikal berjudul Kau & Aku yang akan menyaksikan Fateen membawa watak Cici, seorang gadis lurus bendul.

Tetapi kerana tidak bijak 'menjual diri', namanya dipandang sepi berbanding bakat baru lain. Dia mengaku persaingan muka- muka baru sangat sengit, membuatkan dirinya kadang-kala terkebelakang.

Katanya: "Walaupun saya tidak terkenal sangat dan kurang publisiti, saya bersyukur kerana sering diberikan karakter yang menarik.

"Jarang saya lakonkan karakter yang sama berulang kali. Pada usia agak muda juga, saya sudah beberapa kali diberi kepercayaan membawa karakter berat seperti ibu muda yang teraniaya."

Namun, jauh di sudut hati pelakon cilik ini, dia mahu maju ke depan. Mahu diperhatikan dan diberi perhatian untuk berlakon di dalam filem pula.

"Dapat berlakon satu saja filem pun sudah cukup buat saya. Saya juga mahu mencuba bidang teater. Saya juga ingin teruskan cita-cita sebagai penyanyi dan jadi penyanyi R&B jika berpeluang. Ini baik untuk portfolio saya," azam gadis yang juga suka menari ini.

Tetapi sebelum memasuki gelanggang yang lebih besar skalanya, dia mahu memperkukuhkan namanya dahulu di kaca televisyen. Harapannya agar tahun 2010 kelak akan membuat namanya terus mekar dan tidak layu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails