Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jual rumah untuk bayar cukai


AKTOR yang popular dengan filem National Treasure, Nicolas Cage dilaporkan telah menjual rumah agamnya di Los Angeles. Dia yang dikatakan belum membayar cukai sebanyak AS$6 juta (RM20.3 juta) terpaksa menjual hartanah di Bel Air yang dianggarkan bernilai antara AS$9.5 juta (RM32.1 juta) hingga AS$15 juta (RM50.7 juta).

Nicholas, 45, pada asalnya meminta AS$35 juta (RM118.3 juta) untuk rumah itu yang dibelinya pada tahun 1998. Dia sebelum ini juga pernah kerugian besar dalam pasaran hartanah apabila rumah yang dibelinya tidak dapat dijual pada harga yang lebih tinggi. Rumah agam Bavarian kurun ke-11 miliknya hanya dijual pada harga AS$2.5 juta (RM8.45 juta), hampir AS$150,000 (RM507,000) kurang daripada harga asal.

Rumahnya di Somerset yang berharga AS$7.85 juta (RM26.5 juta) kini hanya bernilai AS$5.8 juta (RM19.6 juta) di pasaran.

Aktor itu dianggarkan oleh Forbes menerima pendapatan sebanyak AS$40 juta (RM135.2 juta) dalam jangkamasa Jun 2008 hingga Jun 2009. Namun, dia juga disaman oleh syarikat kredit kad kerana gagal membuat pembayaran sebanyak AS$2 juta (RM6.76 juta).

Minggu lalu, Nicholas telah memfailkan saman kepada bekas pengurusnya, Samuel Levin serta syarikatnya sebanyak AS$20 juta (RM67.6 juta) kerana menyatakan Samuel telah membuatkan dia berada dalam keadaan kewangan yang teruk dengan menasihati dia melabur dalam hartanah merugikan.

"Samuel memberikan nasihat yang teruk, gagal membayar cukai pada tarikh yang ditetapkan dan meminta bayaran yang mahal untuk perkhidmatannya," kata Nicholas.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails