Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Akhirnya kahwin juga


Akhirnya setelah dua tahun menyulam cinta, aktres popular, Shilpa Shetty bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Shilpa akan berkahwin dengan kekasih hati, Raj Kundra pada Disember ini. Apapun mereka akan mengadakan majlis pertunangan terlebih dahulu dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Satu berita gembira buat peminat-peminatnya kerana pasangan itu tidak pernah menyembunyikan kisah cinta mereka sebaliknya kerap berkongsi cerita termasuk perkembangan perkahwinan.

Menurut Shilpa, Raj telah melamarnya pada sambutan Deepavali baru-baru ini dan setelah berbincang dengan keluarganya, ibu bapa Shilpa memberi kata putus untuk mengadakan majlis pertunangan secara sederhana.

Pada majlis perkahwinan mereka nanti, Shilpa akan mengenakan sari sifon berwarna merah jambu dan blaus emas rekaan Manish Maholtra. Aksesori barang kemas pula direka oleh Bandra.

Bagaimanapun, adik Shilpa, Shamita Shetty tidak dapat menghadiri majlis pertunangan itu kerana sedang menyertai program realiti, Big Boss.

Sebelum ini, tarikh perkahwinan Shilpa dan Raj beberapa kali terpaksa ditunda kerana selebriti itu tidak dapat memilih lokasi terbaik untuk majlis itu. Antara lokasi yang pernah dicadangkan Shilpa termasuklah kota London dan sebuah lokasi klasik di Mumbai
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails