Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Marsha minat Yusry KRU?


AMBOI! AMBOI! AMBOI! Joyah dengar artis yang mempunyai senyuman manis, Marsha menaruh hati dengan Yusry KRU.

Betul ke? Khabarnya dia ini bukan

main minat dengan Yusry. Kalau cerita fasal Yusry bukan main suka lagi. Siap menyanyi-nyanyilah macam filem Hindustan tu.

Tapi bila berdepan dengan si duda popular itu, terus kelu lidah hendak berkata-kata. Yang tak tahan tu, dia terus tersipu-sipu malu.

Hai Marsha... kalau dah minat katakan sahaja. Jangan tunggu. Nanti melepas. Yusry pun bukannya ada calon lagi.

Nanti kalau dok termalu-malu dan tak mahu beritahu isi hati, jadi macam lagu singlenya Yang Terbaik yang Joyah dengar sekarang tengah meletup dimainkan di corong radio.

Lagu ciptaan dan nukilan Edry itu pun tentang seorang gadis yang minat pada seorang jejaka tetapi tak mahu beritahu isi hatinya.

Kena sangatlah dengan diri Marsha.

Lagipun nampaknya memang usahasama pertama Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) dengan KRU Studios ini menjadi.

Agak-agaknya, mungkinkah Marsha pun ada potensi menjadi artis naungan KRU nanti? Lebih senanglah nak tengok wajah abang Yusry selalu, tak gitu Marsha!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails