Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

'Saya tak pernah minta sampai RM20,000'


Diana Danielle cuma tuntut jumlah bayaran yang pernah dinyatakan Erma untuk watak Natrah

SELEPAS Zarina Zainoordin menarik diri dari teater Impak Maksima The Musical di Singapura pada saat akhir, kini tiba giliran aktres remaja, Diana Danielle, 18, pula menarik diri dari pementasan teater Natrah di Istana Budaya (IB) arahan Erma Fatima yang dijadualkan pada 30 November hingga 9 Disember ini.

Khabarnya, penarikan diri itu disebabkan bayaran 'ciput' daripada IB selepas tuntutan sehingga RM20,000 daripada pihak Diana tidak mendapat layanan. Kononnya selepas perbincangan, jumlah yang diminta Diana ialah RM15,000. Jumlah itu juga masih dianggap terlalu tinggi oleh pihak IB. Justeru, peluang menemui Diana Selasa lalu berjaya merungkai segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya sehingga dia dikatakan menolak tuah apabila menarik diri daripada sebuah teater terbitan kerajaan Malaysia.

"Awalnya saya ke pejabat Erma Fatima untuk perbincangan sebuah projek drama. Dalam masa sama, Erma memberitahu ada sebuah teater, Natrah, pihak Istana Budaya (IB) nak Diana Danielle. Erma tanya, saya berminat ke nak berlakon teater? Saya kata, boleh... tak kisah. Ketika itu secara tak rasmi, saya kata boleh. Tanya harga, berapa? Erma ada memberitahu satu jumlah. Jumlah yang dinyatakan Erma itu, saya ingat sampai hari ini.

Bagi saya, kalau tawaran itu serius, kenalah ada 'hitam, putih', betul tak? Tiba-tiba saya terkejut, poster Natrah yang ada menampilkan muka saya terpampang di IB tanpa pengetahuan saya. Tawaran disampaikan kepada saya, tak ada tindakan susulan, diam saja, tiba-tiba poster Natrah yang muncul. Saya pun tak kisah sebab ingatkan bayarannya sama seperti dinyatakan Erma di peringkat awal dulu.

Beberapa hari sebelum saya diundang ke majlis sidang media Natrah, ibu saya ada bertanya mengenai kontrak, tapi saya difahamkan, kontrak tak siap lagi. Pada sidang media itu, nama saya diumumkan sebagai Natrah, saya pun setuju. Bagi saya, demand itu sesuatu yang subjektif. Saya pula hanya berpegang kepada jumlah yang dinyatakan Erma. Bagi saya, jumlah itu saya dah setuju, tak ada masalah!

Tiba-tiba seminggu sebelum saya tarik diri, pihak IB memaklumkan kepada saya, jumlah itu kurang daripada harga yang pernah dinyatakan Erma sebelum ini. Saya terkejut! Bagi saya, ok lagi, tak kisahlah... Semuanya dah confirmed, nama pun sudah diumumkan pada sidang media. Ibu saya minta bayaran dinaikkan sikit. Akhirnya bayaran itu dinaikkan RM500 saja. Bagi saya, ok lagi, tak kisahlah.

Kalau orang kata saya nak demand, tak masuk akal sebab saya kata ok ketika itu. Akhirnya teater Natrah mengalami perubahan tarikh. Mula-mula ia dijangka dipentaskan pada 17 hingga 25 November. Saya setuju dengan tarikh itu. Saya pun terima satu tawaran berlakon drama, produksi berkenaan akan memulakan penggambaran 28 November.

Tiba-tiba berlaku pertukaran tarikh, 30 November hingga 9 Disember. Saya masih lagi setuju berlakon Natrah walaupun saya terpaksa tolak satu tawaran drama meskipun bayarannya tinggi. Ibu saya merayu sekali lagi dengan IB. Saya dah tolak satu tawaran drama, justeru boleh tak dinaikkan sedikit lagi bayaran agar ia sama seperti yang pernah dinyatakan Erma dulu? Saya minta timbang rasa sikit.

Saya tak pernah minta bayaran sehingga RM20,000! Saya hanya minta jumlah yang pernah dinyatakan Erma dulu, itu saja. Namun, pihak IB memaklumkan mereka tak ada peruntukan. Itu yang membuatkan saya kecewa. Sebelum saya tarik diri, Erma ada menghubungi saya, tanya, betul ke saya nak tarik diri? Saya minta maaf dengan IB, Erma dan semua orang. Saya faham, mereka tak ada peruntukan.

Erma juga ada menghubungi pihak kementerian, tanya, boleh tak bayaran saya dinaikkan sedikit lagi? Namun, saya dimaklumkan, mereka (kementerian) masih tak ada peruntukan. Justeru, secara rasmi saya menarik diri dari pementasan teater Natrah pada 16 Oktober lalu. Saya tarik diri secara baik, tak wujud sebarang pertikaian dengan pihak IB mahupun dengan Erma sendiri.

Saya akui, disebabkan jumlah yang pernah dinyatakan Erma tidak dipenuhi, saya tarik diri kerana kecewa bukan sebab demand. Boleh tanya Erma sendiri, saya tak tipu, saya ada saksi. Saya tahu, harga berlakon filem dan teater berbeza. Saya tak pernah minta bayaran filem. Namun, pihak IB sangat profesional, mereka terima keputusan saya dengan baik begitu juga Erma. Saya faham, bayaran teater Natrah membabitkan wang kerajaan.

Pada kesempatan ini, saya nak ucapkan tahniah kepada Maya Karin apabila diberi kepercayaan memegang watak Natrah. Saya mendoakan agar Erma berjaya dengan cemerlang dalam teater Natrah ini. Begitu juga dengan keseluruhan produksi Natrah, all the best to them! Sekali lagi saya minta maaf dengan semua orang, antara saya, IB dan Erma, kami tidak berdepan dengan sebarang masalah, semuanya baik-baik saja."

INFO: Diana Danielle

•NAMA PENUH: Diana Danielle Danny Beeson
•TARIKH LAHIR: 22 November 1991
•ASAL: Dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di Kuala Lumpur
•DARAH CAMPURAN: Amerika (ayah) dan Melayu (ibu)
•KELUARGA: Anak tunggal
•PENDIDIKAN: Matrikulasi Bio-Sains, Nottingham University, cawangan Malaysia di Semenyih, Selangor
•KOMERSIAL: Milo, Telekom Malaysia (TM), Hazeline Snow, Fair & Lovely dan Inner Shine
•DRAMA: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series, Farah Syakirah dan Gundorowo
•FILEM: Idola, Evolusi KL Drift, Maut, Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam, Setem, Kecoh Betul dan Magika.
•SINGLE: Penyembuh Rindu (duet bersama Mawi AF3) yang juga lagu tema filem Magika terbitan KRU Studios.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails