Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

‘Macam adik dan abang saja’


Banyak kepala berpusing apabila Hattan dan Siti Elizad jalan pegang tangan. Tetapi mereka tetap menafikan cinta lama kembali mekar

KEAKRABAN mereka pernah meraih perhatian peminat dan pihak media dalam industri hiburan tanah air pada tahun lalu.

Malah, ramai yang menganggap pelakon Siti Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Mohd Sharifudin, 25, adalah teman istimewa dalam hidup penyanyi Hattan selepas hu bungannya dengan penyanyi Farahdhiya berakhir.

Namun, Siti Elizad tampil membuat pengakuan kepada media, kekasih hatinya bukanlan Hattan, sebaliknya dia sudah mempunyai teman istimewa yang juga kawan baiknya ketika di bangku sekolah.

Justeru, kisah hubungan mereka berdua terhenti begitu saja.

Bagaimanapun, pada malam gala filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang di pawagam Cathay Cinepleks, Cineleisure, Damansara pada Khamis lalu, kelibat pasangan ‘teman tapi mesra’ ini kembali menjadi tumpuan ramai.

Banyak mata yang tidak berkelip melihat kemesraan Siti Elizad dan Hattan yang berjalan berpegangan tangan masuk ke pawagam seperti sepasang kekasih yang tidak mampu dipisahkan lagi.

Kemesraan yang luar biasa itu juga menimbulkan tanda tanya di hati pihak media, adakah cinta yang terputus itu kembali bertaut?

Secara kebetulan, Hattan juga berlakon dalam filem itu sebagai Panglima Merah manakala Siti Elizad memegang watak utama sebagai Dayang bergandingan dengan dua watak utama lakonan Zul Huzaimy dan Farid Kamil.

Ketika ditemui selepas malam gala itu, seperti biasa Siti Elizad menafikan dia dan Hattan bercinta seperti diper katakan orang sebagaimana biasa kenyataan artis apabila ditanya.

“Kami tidak bercinta sebaliknya hanya rapat sebagai kawan baik saja. Hubungan kami seperti adik dan abang saja. Cuma sebelum ini, kami jarang berjumpa kerana saya sibuk menjaga ibu (Nazariah Mohd Salleh, 59) yang kurang sihat di rumah.

“Kini, saya sudah boleh kembali berlakon kerana ada pembantu rumah yang menjaga ibu apabila saya ke lokasi penggambaran,” katanya.

Siti Elizad berkata, dia mengaku serasi berkawan dengan Hattan sejak dulu.

Katanya, Hattan banyak menyuntik semangat dalam dirinya dan sering membantunya memahami selok-belok dunia seni.

“Dia orang lama dan banyak pengalaman dalam bidang seni. Saya juga menganggapnya sebagai legenda dalam industri seni. Hattan juga tidak malu berjalan dengan artis baru seperti saya di karpet merah dalam majlis anugerah sebab itu, saya selesa berkawan dengannya.

“Sebenarnya, buat masa ini saya belum fikir soal jodoh atau kehidupan berumah tangga.

“Mungkin dalam tempoh lima tahun akan datang. Tapi buat masa ini saya ingin mengukuhkan nama dalam industri seni terlebih dulu. Maklumlah, usia saya masih muda dan banyak lagi impian dalam bidang seni yang masih belum tercapai lagi,” katanya.

Sementara itu, Hattan yang hadir ditemani anak tunggalnya, Adam Iman, 11, berkata, hubungan akrabnya dengan Siti Elizad sejak sama-sama terbabit dalam penggambaran filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang, empat tahun lalu.

“Saya suka berkawan dengan Siti Elizad kerana keperibadian yang dimilikinya. Dia seorang yang berpijak di bumi nyata berbanding artis lain yang saya kenal.

“Sekalipun dia pelakon yang bagus, dia tetap berasa rendah diri. Sifat rendah dirinya juga kritikal dan sebagai kawan baik, saya bertanggungjawab memulihkan keyakinan dirinya itu semula,” katanya.

Pada masa sama, kata Hattan, dia juga tidak terfikir untuk berkahwin lagi dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, dia belum mempunyai calon isteri atau teman wanita istimewa.

“Saya akui bila sampai di rumah, saya memang berasa sunyi. Tapi bila balik ke kampung, selalunya, saya tidak kisahpun untuk hidup solo seperti sekarang.

“Maklumlah, saya sudah hidup solo selama lima tahun dan sudah biasa dengan hidup bersama anak tunggal, Adam. Hubungan kami juga cukup rapat.

“Adam juga nampaknya tidak kisah, sama ada saya hendak kahwin lagi atau tidak. Mungkin kerana dia juga sudah biasa hidup berdua dengan saya saja.

“Apapun, saya serahkan soal jodoh pada ketentuan Tuhan. Jika ada jodoh selepas ini, saya terima tetapi jika tidak, saya tidak berasa terdesak untuk mencari. Pada masa sama, saya juga tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan Siti Elizad satu hari nanti,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails