Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Didie Alias janda ada kelas


KALAU tidak kerana rancangan Sehati Berdansa, tentunya tidak ramai tahu pelakon Didie Alias, 36, sudah pun menamatkan zaman jandanya selepas berkahwin dengan Norisyam Ismail, 33.

Setelah lapan tahun sepi tanpa seorang suami, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @Ali akhirnya dipertemukan juga jodoh dengan lelaki idaman.

Apakah agaknya yang menyebabkan Didie tidak menghebohkan perkahwinan keduanya itu? Pastinya dia mempunyai alasan tersendiri bagi menjawab persoalan tersebut.

Bukannya apa, selalunya kalau artis-artis kita hendak mendirikan rumahtangga, tentu sahaja berita itu cepat sampai ke pengetahuan pihak media.

Tetapi dalam soal hubungan Didie dengan Norisyam ini, tidak ramai yang tahu. Pandai betul mereka menyimpan rahsia.

Didie dan Norisyam bernikah pada 8 Mei lalu di Pejabat Kadi daerah Gombak Timur, AU2 Keramat.

Majlis persandingan dilangsungkan di kampung halaman sebelah suaminya di Johol, Negeri Sembilan. Majlis pernikahan dijalankan secara sederhana serentak dengan persandingan iparnya.

Didie sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Ridzwan Hashim dan dikurniakan lima orang anak berusia antara 10 hingga 16 tahun.

Kata Didie dia bukan tak mahu menghebohkan pernikahannya itu tetapi malu kerana statusnya sebagai seorang janda.

"Saya bukan anak dara. Bekas janda. Tak payahlah nak kecoh-kecoh nak kahwin," katanya kepada JOHA AHMAD.

Ikuti penjelasan Didie mengenai pernikahan "senyap-senyapnya" itu.

Pernikahan kali keduanya ini tidak diketahui ramai kenapa?

Bukannya apa, saya bukan kahwin buat kali pertama, jadi sebab itulah saya malas nak heboh-heboh. Saya bukan anak dara, betul tak?

Lambat laun orang tahu juga. Saya kan bekas janda, jadi tak payahlah dicanang… malu. Tahu sajalah anak-anak saya pun dah besar panjang. Saya nikah pun bukan dirancang lama. Kami masing-masing sibuk, maklumlah kami berdua kerja dengan produksi, jadi susah nak rancang. Bila ada masa terluang kami pun terfikir untuk bernikah. Itu yang penting. Itu pun ada cuti kerja dua hari, jadi kami pun pilihlah 8 Mei 2009. Bagi saya nikah penting, nak bersanding atau tidak itu kemudian cerita. Nak buat boleh, tak nak buat pun boleh. Betul tak?

Sebelum ni Didie pernah digosipkan dengan lelaki muda. Kali ni pun pilih lelaki muda juga ya?

Alah... beza tiga tahun tu taklah jauh sangat pun. Awak ni suka buat kontroversi pasal usia. Cerita dulu dah basi. Habis tu dah jodoh "mak" (saya) nak buat macam mana? Bukan saya yang tetapkan. Tak baik tau, 33 tahun tu taklah muda sangat. Kalau saya pilih lelaki berusia 21 tahun tu baru panas!

Dah bertaraf janda ni ada ke hantaran lagi?

Mak oii! Soalan kau ni memang puaka he... he...! Gila… apa janda-janda saya ni ingat tak ada harga ke? Saya pun dapat cincin Chopard tau… gitu! Tak Chopard pun, cincin "ciput" pun jadilah!

Berapa hantarannya?

Anak saya ada lima. Harga seorang anak seribu ringgit. Lima anak lima ribu. Jadilah, daripada tak ada langsung kan? Itu bukan penting sangat pun, yang penting berkekalan dan bahagia. Hantaran tu buat syarat je.

Habis tu bila Didie bersanding?

Kebetulan adik suami saya nak bersanding 3 Oktober lalu, jadi kami pun tumpang sekaki. Mulanya tak nak gak, tapi orang tua dah suruh, ikutkan je lah! Kalau nak ikut saya dan suami malas nak bersanding. Tapi dah disuruh, sanding gak le!

Didie pakai baju songket ke?

Taklah, kurung moden je!

Sebelah awak tak buat majlis sanding ke?

Tak, semua buat kat sebelah rumah suami je.

Bulan madu mana?

Jakarta dan Bandung saja, tujuh hari. Kebetulan ada cuti rehat dan tak ada penggambaran, jadi pergilah sana. Bukannya jauh sangat pun. Taraf-taraf saya kat situ je la, mana ada duit nak ke Hawaii.

Kelas... bulan madu buat kali kedua gitu!

Tak ada maknanya, habis tu "lima beg tangan" (anak lima orang) lagi awak ingat saya tak bawa?

Dah "berisi" ke sekarang?

Gila ke? Saya bagai nak rak berlatih Sehati Berdansa nak suruh memboyot? Biarlah dulu. Ada rezeki, adalah.

Macam mana kenal dengan Norisyam?

Kenal melalui kawan. Dia kerja bahagian pengurusan dalam produksi. Alah, mulanya kawan biasa je. Dia lamar saya dan sanggup menerima lima "askar" saya. Jadi saya terimalah dia. Enam tahun dah kenal dia. Habis tu lama sangat pula menjanda... kahwin sajalah.

Anak-anak panggil dia apa?

Daddy gitu, kelas tak?

Awin (Ridzwan Hashim) tahu tak?

Tahu, dia pesan kat anak-anak, tahniah katanya.

Sekarang anak-anak tinggal dengan siapa?

Dengan sayalah. Anak-anak pun dah besar panjang dah. Yang sulung 16 tahun, Nur Daniah dan yang bongsu 10 tahun, Nur Dania. Kadang kala dia orang bersama bapa mereka juga.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails