Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Bienda dah nikah senyap-senyap?


Nak bagi tau yang Bienda dah nikah. Kenapa tak ada wartawan datang?"

Begitulah bunyi SMS kiriman peminat yang mendakwa penyanyi bertudung litup comel "lote", Bienda atau Norrazlinda Razli,24, dah kahwin senyap-senyap.

Niezam terkejut macam kena lastik bila diberitahu mengenai cerita itu. Takkan dia nak sorok pula soal nikah kahwin ni?

Sejauh mana benar perkara itu tak tahu la nak kata. Yalah... kalau kita tak tengok dengan mata kepala sendiri tak boleh la nak mengesahkan perkara itu betul atau tidak melainkan tuan punya diri yang mengaku.

Tapi soal artis kahwin ni kalau dia tak nak bagi tahu wartawan pun bukannya masalah besar. Itu hak peribadi masing-masing. Sorok sampai ke lubang cacing pun tak jadi masalah sebab tak jejas jualan akhbar pun.

Cuma yang tak elokknya kalau benda betul, kita tanya tak mengaku. Itu memang tak baik apatah lagi soal nikah kahwin.

Bukan berniat nak buka cerita lama tapi sebelum ni Sheeda, ibu si Bienda pun pernah bermati-matian tak mengaku yang dia dah kahwin walaupun sebenarnya dia dah kahwin.

Bila dah pecah tembelang, barulah dia nak minta maaf kerana sorok kisah rumah tangga dia tu. Berbalik kepada kisah Bienda ni, mengikut sumber yang turut berbisik ke telinga Niezam, Bienda nikah pada awal Oktober lalu mengambil tarikh 10.10.2009.

Khabarnya juga semasa majlis nikah hendak dilangsungkan, Sheeda dah hantar orang gajinya balik kampung kerana nak pastikan rahsia anaknya bernikah tak bocor ke pengetahuan siapa.

"Saya berani mengesahkan yang Bienda memang dah kahwin. Dia orang pun buat senyap-senyap saja. Suami Bienda tu pernah kerja di RTM sebelum ini," kata sumber itu lagi.

Tapi mengikut kata wartawan Joha yang sempat berborak dengan Sheeda, anaknya itu tak kahwin. Berita mengatakan Bienda dah jadi isteri orang tu cerita tak betul dan rekaan semata-mata.

Kata Sheeda kalau betul Bienda kahwin, tentu dia akan buat besar-besaran. Buat apa nak tipu atau nak sorok.

Boleh percaya ke? Kalau Sheeda tak pernah berbohong sebelum ni mungkin boleh percaya lagi tapi sebab dia dah pernah menghilangkan kepercayaan orang, tak boleh la nak terima sangat jawapan dia tu.

Apa-apa pun kalau betul Bienda dah kahwin, selamat pengantin baru ya. Kalau tak betul cerita ini, anggaplah ia sekadar geletek-geletek manja je. Kadang-kadang sumber pun bukan boleh percaya seratus peratus walaupun banyak yang betul.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails