Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Eja seronok layan Nur Eishal


BARU-BARU ini Joyah sempat berbalas-balas SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan pelakon Eja yang popular dengan drama Wadi Unungnya itu.

Nampaknya Eja dah habis pantang. Umur anak pun dah masuk 52 hari hari ini. Joyah dikhabarkan sejak menimang cahaya mata, kehidupan pelakon Eja berubah 360 darjah.

Teruja sungguh dia dengan kehidupan barunya. Kata Eja, dia seronok melayan anak sulungnya itu setiap hari.

Sekarang segala-galanya tentang anak termasuklah masa dan tenaga. Bertuah sungguh anaknya itu.

Sempatlah juga Joyah tanyakan apa nama anak sulungnya itu dan kata Eja, mereka memilih nama Nur Eishal. Sedap nama anak Eja. Maknanya pun bagus iaitu cahaya bunga syurga.

Joyah tumpang gembira dan bahagia mendengar keseronokan Eja dengan buah hatinya itu. Agaknya bila pula Eja nak kongsi sama wajah buah hati pengarang jantungnya bersama pembaca. Jangan sorok-sorok ya Eja!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails