Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jenaka Nabil dah tak lawak


BEBERAPA hari lalu ada teman Kak Pora mengundang untuk memenuhi jemputan tengah hari di samping memperkenalkan barisan juri program realiti Astro, Raja Lawak musim terbaru. Tetapi, awal lagi Kak Pora dah minta maaf tak dapat bersama kerana belum bersedia mendedahkan identiti diri.

Maklumlah, dah ramai yang merisik dengan teman Kak Pora untuk mendekati dan mengenali lebih rapat. Berdebar juga Kak Pora.

Yang mampu Kak Pora jawab, sama seperti jawapan diberikan Datuk Siti Nurhaliza dulu ketika ditanya mengenai lelaki pilihannya: "Biarlah rahsia".

Kak Pora lihat program tu sudah masuk musim keempat tetapi sampai sekarang belum nampak walaupun seorang yang betul-betul memenuhi kriteria untuk menjadi pelapis pelawak sedia ada. Kak Pora tak nafikan Nabil memang hebat dan popular tetapi lama kelamaan kecenderungannya sudah beralih arah. Dia lebih popular sebagai pelakon sedangkan lawak jenakanya dulu cukup bersahaja dan spontan.

Sayang kerana bakat besar yang dimilikinya tidak dipupuk dengan baik. Lawak Nabil dah kurang best hingga ada kalanya dah tak lawak langsung, ada juga aksi dan keletahnya diulang-ulang, naik bosan pula melihatnya. Rasa Kak Pora industri kita sudah punya ramai pelakon hebat tetapi ketandusan pelapis yang mampu beraksi sebagai 'stand-up comedian'.

Sampai bila kita mahu terus bergantung kepada Harith Iskander dan Douglas Lim? Mereka sudah membuktikan bidang itu mampu memberikan pendapatan lumayan, bahkan mempunyai kelompok penggemar tersendiri. Jika tidak masakan teman baiknya, Hans Isaac berani melabur wang dan melakukan beberapa siri persembahan menerusi Harith Iskander Nationwide Live Comedy Tour, tahun lalu.

Rasa Kak Pora sudah tiba masanya Astro menggilap bakat yang dicungkil dan meletakkan mereka pada platform sewajarnya.

Mungkin platform Raja Lawak Astro berbeza tetapi tiada salahnya berbuat perkara sama kerana ini masanya untuk mengubah persepsi masyarakat. Lihat saja sitkom Sepah, pun tak best langsung. Macam nak paksa penonton ketawa pula.

Pelawak juga mempunyai kredibiliti dan harus dilayan secara profesional selari dengan pertumbuhan industri yang semakin matang.

Jangan sekadar membuka ruang tetapi selepas itu mensia-siakan mereka tanpa bimbingan dan tunjuk ajar. Bak kata pepatah sudah habis dihisap madu, sepahnya dibuang.

Takkan hanya menyediakan satu program dan bangga mencanang mereka tidak mensia-siakan bakat berkenaan. Bagi Kak Pora itu tidak adil. Sampai bila mahu melihat industri hiburan statik begitu sedangkan kita berusaha keras untuk membawanya ke satu tahap baru? Fikir-fikirkanlah!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails