Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Bakal primadona sambut Aidilfitri - Fathia

KEMUNCULANNYA dalam dunia lakonan mengundang pelbagai persepsi tidak senang. Ada yang mengatakan pelakon baru nan seorang ini sudah berperangai "diva" dan mula naik tocang. Namun bagi empunya diri bukan perangai penting diri yang mahu ditonjolkan, sebaliknya dia menjunjung prinsip. Nur Fathia Abd. Latiff, 24, atau mesra disapa dengan panggilan Fathia, sering kali menerima tempias tidak bagus di dalam kariernya. Terikat dengan status sebagai pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, sudah menjadi impian Fathia untuk menggenggam segulung ijazah meskipun namanya semakin mekar dalam dunia lakonan. "Saya memasuki industri dengan menggalas gelaran sebagai pelajar. Jadi saya mengambil keputusan hanya untuk menjadikan bidang lakonan ini sebagai kerjaya sambilan dahulu," katanya ketika menghadiri sesi fotografi di studio Utusan Malaysia baru-baru ini. Ditanya punca dia dicop sebagai artis bermasalah, menurut Fathia dia sendiri tertanya-tanya apakah jawapannya. Ini kerana, bukan niatnya untuk menyusahkan sesiapa namun lakonan adalah cabang baru buat dirinya yang masih dalam proses pembelajaran. "Mungkin saya kurang biasa untuk membahagikan masa antara waktu belajar dan berlakon, tidak pandai menyusun jadual. Bukan niat saya untuk memberi masalah kepada pihak lain tetapi saya sendiri tidak bijak mengatur waktu," katanya sambil memberitahu bakal menghabiskan baki pengajiannya hujung tahun ini. Barangkali kerana terlalu sibuk dengan urusan belajar dan berlakon, gadis yang berasal dari Pulau Mutiara ini jarang dihinggapi gosip cinta. "Syukur juga kalau begitu. Rasanya saya begitu sibuk untuk bercinta. Bukan tiada ruang untuk cinta di dalam hati cumanya masih belum sampai waktunya," jelasnya. Berkongsi pengalaman raya kelmarin, sambutan Syawal Fathia dan keluarganya agak berbeza dari kebiasaan masyarakat Melayu lain. Ini kerana bukan makanan biasa yang menjadi hidangan utamanya di pagi raya sebaliknya juadah Arab memenuhi meja makan. "Ibu berdarah Arab jadi masakan pagi raya keluarga kami juga lebih kepada masakan Arab. Malah pada pagi raya yang lalu juga, pakaian raya Fathia juga hanya jubah, bukan berbaju kurung macam orang lain," katanya yang menghabiskan 1 Syawal di Pulau Pinang. Bercakap soal raya juga, ujar Fathia sama seperti tahun-tahun lepas, dia tidak banyak berhabis untuk persiapan. Cukuplah sekadar bersederhana bagi meraikan hari kemenangan ini. " Untuk tahun ini saya bercuti selama seminggu. Ia dihabiskan dengan bersama-sama keluarga menziarahi ahli keluarga lain yang masih ada. Bagaimanapun dalam sibuk berhari raya, matlamat utama dalam pelajaran tidak akan dilupakan sama sekali," katanya lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails