Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Tak harap keajaiban - Suhaila
SEPERTI kebanyakan isteri yang lain, dia mahu kedatangan lebaran ini disambut penuh erti di sisi keluarga tercinta. Kalau boleh mahu bersalam, mencium tangan suami dan saling bermaaf antara satu sama lain. Malah, momen penuh syahdu itu juga menjadi agenda utama buat umat Islam yang menyambut kedatangan Syawal penuh mulia ini. Nursuhaila Elliani Shuhaimy juga tidak terkecuali. Isteri kepada pelakon dan pengacara Jimmy Shanley ini mengakui dia pernah mengidam untuk menyambut bersama keluarga tapi nasib tidak menyebelahinya. Pun begitu dia reda dengan suratan takdir.
"Saya selalu ingatkan pada diri saya apa juga nikmat hidup berumah tangga yang saya alami adalah dugaan Allah dan saya akan menempuhinya dengan tabah. Sebab saya tahu pasti ada orang di luar sana yang nasibnya lebih teruk daripada saya.
"Saya juga cukup bertuah kerana ada keluarga yang cukup supportive. Walaupun saya berada dalam keadaan sedih, mereka banyak beri sokongan moral. Paling penting, Rania (Zahra Rania) tidak pernah terasa seperti kehilangan," katanya dengan nada perlahan pada pertemuan baru-baru ini.
Jadi bagaimana Suhaila dapat menempuh 1 Syawal hari ini tanpa insan bergelar suami. Jawabnya: "Saya akan tempuh macam biasa. Lagi pun ada Rania dan ahli keluarga yang lain jadi saya tak rasa apa-apa".
Adakah Suhaila pernah berfikir akan ada keajaiban andai hati suaminya tergerak untuk datang menjenguk anak dan meraikan hari penuh berbahagia, kelihatan mata Suhaila berkaca-kaca.
"Saya tak rasa dia akan datang jenguk kami. Dia tak ingat anak pun, sebab hari jadi Rania pada 24 Jun lalu pun dia tak wish. Nak call tanya pasal saya, jauh sekali. Jadi kesimpulannya, dia tak pernah sekalipun call tanya pasal anak," luah wanita berusia 26 ini.
Kalau begitu, adakah Suhaila ada inisiatif untuk membawa Rania berjumpa dengan Jimmy? Jawabnya: "Ada, memang ada tapi bila bawa jumpa pun, bapa (Rania) macam tak ada rasa ingin nak jumpa anak dia. Jadi lebih baik tak payah. Lagi pun Rania kecil lagi. Sepatutnya, bapa yang berfikiran matang cari inisiatif jumpa darah dagingnya sendiri."
"Sebenarnya, Jimmy tak bertanya khabar kami pun sepanjang Ramadan lalu. Saya memang dah jangka perkara yang sama ini berlaku, macam tahun lepas juga. Sebab itu saya mengharapkan dia boleh lepaskan saya dengan cara yang elok.
"Saya tak nak dia tanggung dosa kalau saya buat apa-apa. Saya juga tak nak digantung tak bertali atau biarkan masalah tanpa sebarang tindakan kalau benar kami tak ada jodoh," jelasnya panjang lebar.
Adakah Suhaila rasa masih wujud cara untuk berbaik pada bulan penuh keberkatan ini? Tiada jawapan terkeluar dari mulut anak kedua dari tiga beradik ini.
Tidak berpuas hati dengan jawapan senyap Suhaila, Pancaindera menanyakan persoalan sama ada Suhaila merasakan perkahwinannya dengan Jimmy itu merupakan kesilapan? Wanita ini dengan yakin menidakkan persoalan itu. Katanya, jodoh di tangan Tuhan. Apa juga dugaan di hadapan, dia hadapi.
"Mungkin ini sudah tertulis dugaan bagi saya. Saya tak nak fikir yang rumit-rumit. Sekarang ini fokus saya pada Rania. Dia menjadi keutamaan asya sekarang," katanya yang meraikan Aidilfitri di Sungai Petani dan Tanjung Dawai, Kedah selama seminggu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]