Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nostalgia highway Alor Setar - Datuk Dr Fazley

ADA kebiasaannya, setiap sambutan hari raya pasti ada kisah suka atau duka yang akan dikenang sepanjang hayat. Bagi MasterChef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob, 34, nostalgia highway Alor Setar yang berlaku ketika dia berusia 14 tahun masih lagi segar dalam ingatannya. "Saya masih ingat lagi sambutan hari raya tahun itu, tragedi yang tak akan saya lupakan kerana ketika itulah nenek kesayangan (sebelah ayah) meninggal dunia. "Pada malam raya, doktor beritahu yang nenek sudah stabil, kami semua gembira mendengar berita tersebut. Selang beberapa jam doktor telefon dan memaklumkan nenek nazak, seingat saya masa tu pukul satu pagi. "Pada pukul empat pagi kami diberitahu nenek telah menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung. Saya, ibu dan ayah bersama menaiki van jenazah mengharungi highway Alor Setar untuk bawa jenazah nenek ke kampung. "Masa itu pagi raya, perasaan sedih yang kami rasai hanya Tuhan sahaja yang tahu. Walaupun sudah 20 tahun berlalu, namun setiap kali tibanya Syawal, saya tidak dapat lupakan peristiwa itu," jelas Fazley. Anak bertambahDitanya mengenai sambutan hari raya kali ini, jawab Fazley persiapan raya seperti biasa cuma tahun ini agak teruja sedikit kerana anak semakin bertambah. "Tahun ini saya dan isteri ( Datin Azrene Soraya Abdul Aziz) beraya bersama tiga orang anak. Anak bongsu saya Ahmad Firudz Shah kini berusia 11 bulan, jadi persiapan raya memang khas untuk anak-anak sahaja. "Raya tahun ni juga cukup istimewa bagi saya kerana saya sendiri akan menyediakan juadah raya untuk keluarga, sanak-saudara serta tetamu yang datang berkunjung ke rumah," cerita Fazley ketika ditemui baru-baru ini. Menurut Fazley, bukan sahaja anaknya bertambah, malah anak saudaranya juga kini turut bertambah kepada tiga orang. "Saya bersyukur kerana tahun ini juga saya mendapat anak saudara yang ketiga dan yang pasti raya tahun ini cukup meriah bagi saya. "Walaupun saya sibuk dengan rakaman beberapa program televisyen, saya tetap balik ke kampung saya di Negeri Sembilan. Selepas itu baru saya akan balik ke kampung sebelah ayah di Kedah," jelasnya. Bercakap mengenai juadah raya, kata Fazley; "Saya paling suka rendang Negeri Sembilan. Tapi yang buat ia semakin sedap apabila limpa, daging dan hati dicampur sekali. Sejak kecil lagi saya suka makan rendang ini. "Tahun ini, isteri saya akan memasak rendang kegemaran saya ini. Kalau rendang ni tak ada rasanya raya saya tidak lengkap," kata Fazley.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails