Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Suka duka raya gitaris hebat
KEHAMBARAN suasana raya tahun ini turut dirasai oleh gitaris kumpulan Search iaitu Kid yang hanya menyambutnya di Bandar Baru Bangi, Selangor. Katanya, ini adalah kali pertama dia dan keluarganya tidak pulang beraya di kampung mereka di Johor dan Perak.
"Saya tidak balik beraya di kampung tahun ini di Johor Bahru atau kampung isteri saya di Rapat Setia, Ipoh kerana menjaga bapa mentua saya, Yusof Ibrahim yang menghidap sakit jantung. Dia akan menjalani pembedahan jantung tidak lama lagi.
"Apatah lagi, bapa mertua saya itu sekarang sudah berusia lebih 70 tahun dan tidak boleh berjalan kerana uzur. Sejak beberapa tahun lalu bapa mertua saya itu tinggal dengan saya di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Jadi tahun ini saya hanya beraya di sini sahaja.
"Walaupun lebih 90 peratus jiran-jiran saya orang Melayu dan mereka pulang beraya di kampung tetapi itu tidak menjadi masalah. Saya akan beraya bersama isteri dan anak-anak sahaja di mana sambutannya secara sederhana sahaja," jelasnya.
Gitaris berusia 45 tahun ini berkata, dia antaranya cuma sekadar menempah empat jenis kuih raya daripada kakak iparnya yang dikenali sebagai Kak Ani untuk hidangan hari raya. Namun pada masa sama isterinya turut memasak rendang ayam untuk hidangan di pagi raya.
Sama seperti Man Kidal, sambutan Hari Raya Aidilfitri Kid seakan-akan kurang meriah sejak kembalinya ke Rahmatullah ibu bapanya, Mohd. Taib Osman dan Azizah Atan kira-kira 30 tahun lalu.
"Bapa saya meninggal dunia pada usia 62 tahun semasa saya berumur 15 tahun kerana menghidap sakit jantung sementara ibu saya pula, Azizah Atan pula meninggal dunia lapan bulan selepas itu ketika berumur 38 tahun. Sejak itu, saya hanya beraya dengan adik beradik dan saudara mara yang lain," imbas Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd. Taib ini lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]