Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Haiza tauke cakar ayam
USIA kandungannya sudah mencecah lapan bulan tapi dia masih bertenaga meneruskan ibadah berpuasa.
Bagi Haiza atau Rohaizah Nordin, 32, selagi terdaya dan tidak mendatangkan mudarat kepada kandungan, dia akan meneruskan amalan berpuasa hingga ke penghujungnya.
"Alhamdulillah, baby tidak meragam. Dia macam tahu sahaja mama dia berpuasa. Lagipun apa kerja sangat yang Haiza buat.
Cuma tunggu pukul enam petang, barulah turun dari bilik hotel ini untuk mengacara bersama abang Jaafar Onn.
"Sudah tiga tahun Haiza dan abang Jaafar 'berumah tangga' di sini. Setakat ini pihak hotel tidak pernah ada masalah dengan cara kami bekerja. Setiap hari orang yang datang berbuka di sini berbeza," katanya tersenyum.
Menurut perkiraan doktor, Haiza dijangka melahirkan bayi sulungnya selepas lima tahun menunggu pada 22 September depan dan dia memilih untuk bersalin di Hospital Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
"Apa jantina bayi yang Haiza kandungkan ini biarlah rahsia dulu. Tapi kami sudah menyediakan dua nama. Kalau baby girl, Nur Qaseh Khadijah dan kalau lelaki, Nur Iman Maliki. Haiza suka nama-nama yang penuh bermakna pada zaman Nabi itu," ujarnya.
Haiza yang bernikah dengan Norhanapfe Omar di Masjid Temenggung Daeng Abdul Rahman, Pontian, Johor pada 24 Ogos 2007, mereka akan pulang beraya pada 17 Ogos ini di Melaka dan Benut, Pontian, Johor.
"Tahun ini giliran beraya di kampung Haiza. Dalam perjalanan ke Benut, singgah sekejap di Melaka. Kiranya beraya sekejap je kat kampung kerana 22 Ogos kami kena balik ke Kuala Lumpur, sebab Napi (suami) mula kerja 23 Ogos ini," jelasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]