Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kemeriahan menjelang lebaran

KENANGAN menyambut lebaran menghadirkan begitu banyak momen indah buat pasangan adik-beradik, Rozita dan Ayu Raudhah, tatkala mereka masih dapat bersama-sama meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa di kampung halaman terlebih dulu. Menceritakan momen-momen menarik yang dilalui, Rozita memberitahu kemeriahan menyambut Aidilfitri semakin dirasai ketika seminggu sebelum umat Islam meraikan satu Syawal. "Kalau di kampung dahulu saya dan Ayu serta adik-beradik yang lain sudah sibuk membuat persiapan setiap kali menjelangnya Syawal. Selain mengemas rumah, kami juga sibuk menyiapkan biskut raya. "Biasanya ada tujuh jenis biskut raya akan disediakan memandangkan setiap hari kami akan menyiapkan satu jenis kuih sehingga penghujung Ramadan. Suasana menjadi lebih meriah apabila semua adik-beradik akan turun ke dapur untuk membantu ibu," ujarnya. Ujarnya, antara biskut raya yang disediakan termasuklah biskut buah pinggang, badam potong, trafel ball, chocolate rice, makmur dan semperit. Memang setiap tahun itulah yang akan disediakan selain ketupat palas sebagai hidangan wajib. "Kalau diikutkan memang nama-nama biskut yang kami hasilkan ini agak pelik, tetapi kesemua biskut berkenaan merupakan resipi yang dimiliki oleh ibu semasa dia menghadiri kelas memasak dahulu. "Malah, ibu kami turut menyimpan pelbagai resipi masakan yang lain ketika menghadiri kelas berkenaan, tetapi semuanya sudah dimakan anai-anai," jelasnya yang turut membeli banyak biskut raya. Bagaimanapun, Rozita memberitahu, kemeriahan yang dilalui itu hanya dapat dirasai suatu ketika dahulu, memandangkan kini adik-beradiknya sudah berumah tangga dan mempunyai komitmen masing-masing.
"Bukannya saya tidak biasa dengan keluarga suami, malah saya selalu menziarahi mereka memandangkan rumah kami pun tidak jauh. Cuma perasaan berdebar itu pasti akan dirasai kerana suasananya yang berbeza berbanding hari-hari biasa," ujarnya. Bagaimanapun, Ayu memberitahu, dia cuma beraya di rumah keluarga mertuanya selama dua hari, sebelum pulang ke kampung halamannya kerana pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diwakili suaminya akan terbabit dalam perlawanan Piala Malaysia menentang Kedah pada hari raya keempat. "Tahun ini, saya dapat menyambut 1 Syawal bersama suami sebelum pada hari raya kedua, Zaquan sudah mula turun berlatih semula. Kemudian pada hari raya ketiga barulah kami akan bertolak ke Kedah," jelasnya. Mula bertudung Sejak kebelakangan ini sudah ramai artis wanita yang dilihat telah melakukan penghijrahan dalam penampilan dengan mengenakan hijab dalam kehidupan seharian mereka. Turut tidak terkecuali bagi Ayu Raudhah yang melakukan tindakan sama apabila dia mengambil keputusan untuk bertudung seperti beberapa rakan artis yang lain. "Hasrat saya untuk bertudung ini sudah lama tersimpan sejak tahun lepas lagi. Cuma, ia sering kali tertangguh dan akhirnya saya merasakan kini sudah tiba masanya untuk merealisasikan hasrat tersebut. "Mungkin ramai yang ingat saya mula bertudung sebaik sahaja pulang dari umrah, tetapi perubahan terhadap penampilan saya ini sudah pun bermula sejak satu Ramadan yang lalu," ujarnya yang sudah tiga kali mengerjakan umrah. Ditanya apa yang menggerakkan hatinya untuk melakukan perubahan tersebut, pelakon berkenaan menyatakan ia datang sendiri dari keinginan hatinya, malah suaminya juga turut terkejut dengan perubahan yang dilakukannya itu. Pada masa yang sama, Ayu memberitahu, kini dia menjalankan perniagaan tudung jenama Padusi bersama dua orang kakaknya, Rozita dan Rubytah. "Idea menjalankan perniagaan tudung ini timbul apabila ramai yang tertarik dengan rekaan tudung yang dihasilkan Kak Ruby. Akhirnya kami bertiga bersepakat untuk membuka sebuah butik khas menjual pelbagai rekaan tudung. "Sebenarnya perniagaan ini sudah dijalankan sejak setahun yang lalu dan butik kami ini terletak di Taipan USJ, Subang Jaya. Namun, kebanyakan rekaan tudung dihasilkan oleh Kak Ruby dan Rozita, manakala saya pula menanam modal untuk membuka perniagaan tersebut," ujarnya mengakhiri bicara.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails