Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Raya Nadia

KALAU sebut mengenai hari raya, setiap daripada kita pasti terbayang akan kemeriahan menyambutnya di kampung halaman. Dalam masa yang sama, di minda juga mulalah terbayang wajah-wajah keluarga yang sudah lama tidak ketemu lantas menerbitkan rasa rindu di hati. Bagi pelakon Siti Naziyah Sheikh Mustafar, atau lebih dikenali sebagai Nadia Mustafar, lebaran kali ini disambut dalam suasana yang serba sederhana. Ini kerana baginya, kemeriahan untuk menyambut hari raya sedikit hambar tahun ini terutama apabila mengenangkan ibu mertuanya yang telah pergi mengadap Ilahi awal tahun lalu. Menurut Nadia, hubungan antara dia dan ibu mertuanya cukup akrab. Walaupun cuma menantu, ibu mertuanya melayan Nadia bagai anak kandungnya sendiri. Kongsi Nadia, selama tujuh tahun berkahwin dengan suaminya, Hazil Izham Ismail, 38, dia tidak pernah lupa untuk menjenguk ibu mertuanya di Seremban, Negeri Sembilan apatah lagi, arwah adalah seorang ibu tunggal. "Boleh dikatakan, dia melayan saya lebih daripada anak sendiri. Dia memang sayangkan saya. Bayangkan, anak-anak dia sendiri pun dia tak panggil sayang, tapi itulah panggilan manja untuk saya. "Bagi saya, arwah memang baik. Sifat penyayangnya menyerlahkan lagi naluri keibuannya. "Sebab itulah saya sedih bila mengenangkan raya kali ini disambut tanpa dia. Biasanya saya akan pulang ke Seremban dengan suami dan anak-anak. "Tapi kali ini, keadaan berbeza. Jadi kami sambut raya di Kuala Lumpur saja. Ini adalah tahun pertama kami sekeluarga menyambut lebaran di rumah sendiri," katanya. Menurut pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 ini lagi, dia juga sedih apabila melihat suaminya yang seakan tidak teruja untuk berhari raya. "Bila sebut pasal raya saja, dia mesti tak berapa minat. Sebagai isteri, saya faham, dia sebenarnya sedih bila terkenang ibunya sudah pergi. "Seperti saya, dia juga macam tak ada hati nak balik kampungnya di Seremban sebab dah tak ada siapa di sana," katanya. Kasihankan suamiMenurut Nadia lagi, raya kali ini juga hambar kerana tidak dimeriahkan dengan kepulangan adik-adik iparnya yang berada di luar negara. Maka, kata Nadia, itu juga menjadi sebab mengapa suaminya tidak begitu teruja untuk menyambut raya tahun ini. "Suami cuma tiga beradik. Dia yang sulung. Adiknya seorang bekerja di Yaman dan yang seorang lagi di Ukraine. "Jadi tak berapa nak meriahlah bila adik-beradik tak balik raya. Tapi tak mengapalah, sebab ibu dan bapa saya dari Singapura, beraya di sini bersama kami. "Sekurang-kurangnya, mereka masih ada jadi dapatlah beraya bersama orang tua," katanya lagi. Semua untuk anak-anakLazimnya, sebagai ibu, setiap kali sebut mengenai hari raya, yang bermain di fikirannya adalah kelengkapan untuk anak-anak. Berapa helai baju yang hendak dibeli, kasut raya, songkok raya dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, untuk diri sendiri, pasti dikemudiankan. Seperti ibu bapa yang lain, Nadia juga mengalami 'dilema' yang sama. "Bila dah dewasa dan dah jadi ibu dan ayah ni, rasanya kita dah tak fikir benda lain dah. Mesti dahulukan anak-anak. "Iyalah, kita dah puas merasai pengalaman teruja beraya tu masa kecil-kecil. Sekarang ni bagilah anak-anak pula rasa pakai baju cantik-cantik," katanya yang tak kisah membeli barangan tanpa jenama. Dikurniakan tiga cahaya mata yang comel-comel, Nadia bertuah kerana anak-anaknya, Mia Qaisara, 5, Qaliff Izham, 4, dan Qaiem Quzey, 1, tidak banyak kerenah. "Cuma, biasalah, budak-budak sekarang, makin besar, sudah pandai ada cita rasa sendiri dalam bab pakaian. Saya ikutkan saja. Asalkan mereka gembira," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails