Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tidak beraya di Myanmar - Nora Danish

MESKIPUN bergelar ibu tunggal sejak empat tahun lalu, namun Nora Danish tidak menjadikan alasan statusnya itu untuk dia bermurung menjelang sambutan Hari Lebaran tahun ini. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, pelakon berusia 30 tahun ini tetap ceria meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama anak tunggalnya, Putera Rayqal, 4, ibu dan tiga adik beradiknya yang lain. Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia sudah biasa beraya secara sederhana bersama keluarganya itu setelah bapanya, Mohd. Danish Haniff meninggal dunia 18 tahun lalu. "Emak saya, Salimah Talib, 56, akan balik beraya bersama sanak keluarganya di Myanmar. "Ibu saya akan balik berjumpa keluarganya di Yangoon dan Tatkon, Myanmar kerana dia berasal dari sana. Emak akan balik bersendirian ke Myanmar dan mungkin akan ke sana selama lebih kurang seminggu. "Walaupun emak saya berkahwin sewaktu umurnya 16 tahun tetapi sehingga kini dia masih lagi menjalin hubungan yang rapat dengan sanak keluarganya di Myanmar. "Selain kerana cuti beraya, ibu saya juga mahu berjumpa nenek dan moyang saya yang masih beragama Buddha di sana," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada pertemuan di majlis berbuka puasa dan pelancaran filem terbaru lakonan Nora berjudul Mencari Cinta, pelakon jelita itu berkata, dia akan beraya di sekitar ibu negara sahaja pada kali ini. Kata pelakon yang juga model iklan ini, dia juga tidak terkilan kerana tidak dapat beraya dengan ibunya kerana sebelum ini pernah tiga kali mengunjungi saudara maranya di Myanmar. "Sebelum ini, saya telah pernah melawat kaum keluarga ibu saya di sana sebanyak tiga kali. Kali pertama ialah sewaktu saya berusia 15 tahun. Sebab itu saya tidak berasa terkilan sangat. "Lagipun saya sengaja tidak mahu membawa anak saya kerana dia ada penyakit lelah. Maklumlah di Myanmar keadaan persekitarannya berhabuk dan ia kurang elok untuk kesihatan anak saya. "Saya juga ada masalah sesak nafas. Apatah lagi, saya dilahirkan di Terengganu dan ia berlainan dengan dua orang kakak saya yang dilahirkan di Myanmar di mana nostalgia di antara kami tentulah tidak sama. "Bagi saya beraya di mana sekalipun sama sahaja apatah lagi saya pun bukannya jenis yang suka beraya sakan atau selalu buat rumah terbuka. Jadi, saya beraya dengan seadanya," ujarnya. Bercerita tentang sambutan 1 Syawal tahun ini, tambah Nora dia telah pun membeli lima pasang baju raya termasuklah baju kebaya dan baju kurung bagi memeriahkan lagi perayaan tersebut. Tambahnya, dia lebih mengutamakan persiapan raya buat anak tunggalnya itu termasuklah akan mengunjungi rumah ibu serta bapa mertuanya itu pada hari raya yang pertama nanti. "Anak saya rapat dengan datuk dan neneknya itu. Sebab itu, pada hari raya yang pertama nanti suasana raya akan lebih meriah apabila kami dapat berkumpul beramai-ramai," katanya lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails