Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Musibah itu ujian - Nadia Mustafar

SEGALA-GALANYA bermula dengan kegagalannya dalam kes saman pelakon Nisdawati Nazaruddin yang menyebabkan dia diarah membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 oleh mahkamah kepada pelakon itu akhir tahun lalu. Umpama satu cerita berangkai, pelakon Nadia Mustafar ini kemudiannya dilaporkan mengalami satu lagi musibah apabila rumahnya dipecah dan mengalami kerugian yang besar. Selepas itu, disusuli pula dengan tragedi di mana suaminya, Hazil Izham Ismail, 38, dipukul hingga mengalami kecederaan teruk. Tak terhenti di situ, Nadia menggemparkan seluruh negara apabila dia pula disamun di Pasar Pudu dan mengalami kerugian sebanyak RM20,000. Mengaku sedih dengan perkara yang berlaku, Nadia bagaimanapun enggan lagi menoleh ke belakang. Baginya, apa yang perlu dilakukan adalah memasang semangat baru dan meneruskan kehidupan seperti biasa. "Tipulah kalau saya kata tak pernah teringat mengenai musibah yang menimpa saya dan keluarga sebelum ini. Tapi, saya lebih suka untuk tidak terlalu memikirkan hal itu sebab saya ada anak-anak yang perlu disuap makan. "Jadi saya kena kuat semangat. Musibah itu saya anggap satu ujian. Tuhan pun cakap, Dia turunkan musibah kepada orang yang mampu menghadapinya. "Selepas melalui pelbagai siri sejarah hitam itu, saya rasa ia benar-benar mengajar erti ketabahan dalam diri saya. Sakit hati dan sedih tu sebenarnya datang sekejap saja. Sebab tu kita kena pandang ke depan," katanya. Pernah disuruh menggunakan rawatan alternatif seperti mandi bunga oleh teman-teman yang prihatin dengan nasib malangnya itu, Nadia bagaimanapun belum tergerak hati untuk berbuat demikian. Dia yakin jalan utama yang harus dilakukan adalah melalui doa kepada Yang Maha Esa. "Bukanlah saya tak percaya pada benda-benda begini, tapi entahlah, masih belum terfikir untuk buat perkara begitu. Dah ramai yang suruh, kononnya mandi bunga ni boleh buang malang yang ada pada diri saya ni. Saya rasa landasan yang betul adalah berdoa kepada Allah S.W.T agar diri dan keluarga selalu dilindungi olehNya. Itu saja," katanya. Bagi yang mengenali Nadia, dia adalah seorang wanita yang tak pandai untuk duduk diam. Pendek kata ada sahaja yang ingin dilakukannya, namun fokus utamanya tentulah dengan berniaga. Meski masih lagi aktif berlakon, Nadia bagaimanapun sukar untuk mengikis minatnya dalam bidang perniagaan sejak memulakannya tujuh tahun lalu. Dikenali kerana bakatnya dalam bab masak-memasak, sepanjang bulan puasa ini fokusnya lebih terarah kepada perniagaan katering dan jualan di tapak bazar yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dalam pada itu, kata Nadia, selain katering dan gerai bazar, dia juga menjalankan beberapa perniagaan lain serentak. Katanya: "Apa sahaja yang boleh mendatangkan jalan pendapatan, saya akan buat. Bukan tamak, tapi ini rezeki. Terbaru, saya juga sedang sibuk menjalankan perniagaan kek kukus hati pari. Ini merupakan kali pertama saya buat perniagaan ni. Respons daripada pelanggan ternyata meriah.Kalau berminat bolehlah tempah pada saya," ujarnya menutup bicara.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails