Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ning's Fling untuk wanita berbadan montok

Minatnya kepada fesyen akhirnya membuatkan Ning Baizura nekad memiliki label fesyen yang tersendiri. Penyanyi berumur 37 tahun ini menjadikan Donna Karan, Marc Jacobs, dan Donnatella Versace sebagai sumber inspirasi beliau dalam memperkenalkan koleksi Ning's Fling, hasil kolaborasi dengan butik jenama FLOW iaitu sebuah label yang memaparkan koleksi pakaian khas buat wanita berbadan montok. Dengan corak yang pelbagai, warna yang terang, dan labuci yang berkilauan, koleksi pakaian Ning's Fling sememangnya menentang segala jenis peraturan fesyen konvensional. Menurut Ning, pakaian-pakaian yang direka bertujuan untuk memberi keyakinan kepada wanita berbadan besar dengan bertumpukan kepada lengkungan badan yang tidak dimiliki wanita kurus. Beliau berpendapat bahawa wanita tidak semestinya perlu bersaiz kecil untuk nampak sempurna. "Saya rasa semua wanita ada potongan badan yang cantik," ujar beliau seperti yang dipetik dari The Star. "Tidak kira sama ada kecil atau besar, jikalau anda seorang wanita, anda masih mempunyai bentuk badan seorang wanita. Semuanya terpulang kepada cara anda menyerlahkan rupa bentuk yang ada." Koleksi pakaian Ning memberikan sebuah definisi kepada personaliti beliau sendiri: glamor, menyeronokkan, menggoda, dan berani. Kesemua pakaian yang ada berharga kurang daripada RM300 kerana beliau percaya bahawa fesyen tidak sepatutnya dijadikan mahal, sebaliknya ia harus mampu digayakan semua orang. "Saya cuba bermain dengan warna dalam koleksi pakaian saya kerana ia boleh membaikkan penampilan anda dari segi rupa mahupun mood," jelas beliau. Dengan Ning's Fling, Ning berharap agar beliau boleh memberikan inspirasi kepada semua wanita Malaysia untuk lebih berkeyakinan dan boleh menerima diri mereka seadanya. Koleksi pakaian Ning's Fling boleh didapati di butik FLOW di cawangan 1-Utama, Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, dan Metrojaya Mid Valley Megamall dengan harga daripada RM139 sehingga RM299 serta saiz US 8 hingga 18.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails