Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Siti Nurhaliza bakal menunaikan umrah
DATUK Siti Nurhaliza Tarudin bukan baru sekali dua menunaikan umrah. Sudah lebih enam kali sejak pertama kali beliau menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah kurang 10 tahun lalu. Menariknya, ibadat tersebut dilakukan penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu pada bulan Ramadan setiap tahun.
Malah ujar Siti, beliau bersyukur kerana tahun ini, sekali lagi beliau akan menyambut Ramadan di tanah suci bermula 9 Ogos ini bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
“Alhamdulillah, Insyaallah tahun ini sekali lagi kami diberi keizinanNya untuk kembali menyambut Ramadan di Mekah. Insyaallah, Siti akan bertolak ke sana pada 9 Ogos ini dan hanya kembali sehari sebelum Aidilfitri,” ujar penyanyi tersebut penuh seronok.
Ujar Siti, perkara yang selalu menggamit hati beliau kembali ke rumah Allah tersebut adalah kerinduan untuk bersolat di hadapan Kaabah. Selain itu, beliau amat menyukai suasana berpuasa dan menjalani amal ibadat di Mekah pada bulan Ramadan kerana merupakan satu suasana yang begitu sukar digambarkan.
“Kita selalu solat dengan Kaabah hanya di atas sejadah, tapi di Mekah, Kaabah betul-betul berada di hadapan kita. Itu yang selalu Siti rindukan untuk kembali ke sana. Lagipun ibadat yang dilakukan di MasjidilHaram berlipat ganda pahala berbanding kita solat di masjid-masjid lain.
“Suasana menyambut Ramadan di Mekah cukup berbeza. Walaupun makanan berbuka tidak semewah kita di sini yang rambang mata di pasar ramadan atau memasak, namun ia cukup nikmat. Susah untuk digambarkan dengan kata-kata. Sebab itu Siti selalu berdoa untuk kembali ke Mekah setiap tahun pada bulan Ramadan," ujarnya lagi.
Gambar Instagram Datuk Siti cetus kontroversi
Datuk Siti bakal ke layar perak?
Percutian eksotik Datuk Siti Nurhaliza
Sementara itu bercakap tentang aktiviti bulan Ramadannya, Siti memberitahu beliau tidak banyak terlibat dengan aktiviti seni kecuali sibuk mempromosi keluaran terkini produk kecantikannya, SimplySiti yang diberi nama Bejeweled.
Ditanya tentang persiapan raya, Siti memberitahu dia lebih mementingkan persiapan untuk anak-anak tirinya. Beliau juga menjelaskan oleh kerana hanya pulang ke tanah air sehari sebelum Aidilfitri, beliau sekeluarga akan menyambut raya di Kuala Lumpur sahaja sebelum pulang ke kampung pada hari kedua.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]