Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Syafiq Yusuf bakal arah filem biografi Lee Chong Wei?
Pengarah muda, Syafiq Yusuf, 19, memasang impian untuk menerbitkan sebuah filem biografi mengenai pemain No. 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.
Menurut anak kepada pengarah terkenal negara, Datuk Yusuf Haslam berkata, dia mahu menerbitkan filem yang akan memaparkan kisah hidup Chong Wei dalam usahanya menjadi seorang pemain badminton bertaraf dunia dan digeruni lawan.
"Memang pernah terfikir nak buat filem tentang tokoh sukan. Idea nak buat pasal Datuk Lee Chong Wei pernah ada tapi saya belum berfikir secara serius lagi," kata Syafiq kepada Malaysian Digest.
Syafiq turut berpendapat kisah hidup Chong Wei mampu menarik perhatian umum dan pasti dapat menyentuh hati ramai pihak sekiranya berjaya dihasilkan.
"Saya rasa kalau nak buat satu filem apatah lagi berkonsepkan biografi, tidak semestinya tokoh yang dipilih harus mempunyai profil kejayaan paling tinggi.
"Tapi saya rasa kalau figura itu berjaya menyentuh hati kita ianya pasti menarik, sepertimana Chong Wei yang telah berjaya menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda," ujarnya.
Syafiq yang mengikut jejak langkah abangnya, Syamsul Yusuf menjadi pengarah di usia muda telah mengarah filem pertamanya, "Saya Amat Mencintaimu" (S.A.M) yang dibintangi Shahiezy Sam dan Lisa Surihani selaku pelakon utama.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]