Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Adam suka Adda

UMUM mengetahui bintang drama bersiri Juvana ini sedang dikaitkan dengan penyanyi kontroversi Adda dari kumpulan Butterfly. Menemui Adam sendiri baru-baru ini, dia mengakui memang sedang berkawan dengan Adda. Bagaimanapun hubungan mereka masih di peringkat awal. "Kami hanya berkawan dan hubungan itu masih belum lagi sampai tahap serius. Bagaimanapun saya akui selesa dengan Adda," katanya jujur. Ditanya pendapat peribadinya mengenai Adda yang pernah menimbulkan kontroversi apabila berkahwin dan kemudian bercerai dalam tempoh 17 hari, Adam berkata, wanita yang dikenalinya itu kini kian matang dari pelbagai sudut. "Secara peribadinya saya percaya Adda seorang yang baik. Dengan segala peristiwa yang berlaku ke atas dirinya, saya dapat lihat dia kini semakin matang," katanya. Mengakui rezekinya mula bercambah melalui ledakan drama bersiri Juvana, menurut Adam dia kini mahu memberi lebih tumpuan buat kerjayanya. "Saya akui Juvana merupakan permulaan untuk saya. Untuk tahun ini sahaja saya akan muncul dengan tiga filem, harapan saya hanya satu iaitu untuk terus menerima sokongan dari peminat," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails