Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Anne & Alif bersatu hujung tahun

RANCANGAN untuk melangkah ke alam perkahwinan adalah impian buat setiap pasangan kekasih yang sedang dibuai asmara. Malah tak salah pun andai tempoh penyatuan itu dipercepatkan jika pasangan kekasih itu sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab bersama. Begitu juga buat penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang hangat bercinta dengan pelakon Anne Ngasri sejak lapan bulan lalu. Pasangan sama cantik sama padan itu dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. Kemesraan tiga cahaya mata Anne iaitu Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4 dan Naszhara Afroza, 2 tahun yang sudah dilatih memanggil Aliff dengan panggilan “Daddy" menguatkan lagi hubungan sedia ada untuk ke langkah seterusnya. Sejauh manakah kebenaran perkara tersebut? Pasangan kekasih yang ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa bersama D’Haja di Shah Alam, Selangor baru-baru ini begitu tenang menjawab persoalan tersebut. “Setiap orang yang bercinta mesti ada rancangan nak ke peringkat seterusnya, sama dengan Alif. Kami nak juga rasa bahagia. Insya-Allah dalam masa terdekat ini atau hujung tahun ini kami akan bernikah tetapi semua itu ditentukan oleh Tuhan. “Sebab itu, kami harap orang ramai terutama rakan media, dan peminat agar bagi kami ruang dan masa tanpa memberi tekanan. Saya risau kalau orang masih bertanya, sedangkan kami tetap macam itu saja," dedah Aliff kepada Pancaindera. Jarak usia Mengajukan persoalan sama ada wujud permasalahan terutama persefahaman lantaran wujud perbezaan jurang umur ketara, anak muda berusia 21 tahun ini ada hujah tersendiri. “Jarak jauh usia (antara kami) itu satu perkara yang tidak perlu dipersoalkan sebab tak dinyatakan dalam mana-mana hukum bahawa orang muda tak boleh mendirikan rumah tangga. Bagi saya yang masih baru dalam industri dan nak mencipta nama, saya yakin akan ada tempat di hati para peminat untuk saya “Saya juga tidak takut hilang peminat kalau dah berkahwin sebab peminat yang setia akan tetap menyokong penyanyi mereka. Saya percaya peminat akan beri sokongan padu pada saya," katanya penuh yakin. Adakah Aliff percaya sesuatu hubungan yang baru itu selalunya wangi tetapi akan pudar tidak lama kemudian, penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku ini menganggukkan kepala. “Memang orang kata, benda yang baru itu indah. Saya hanya berharap untuk menikmati momen ini. Saya percaya pada jodoh dan saya serahkan pada-Nya. Apa yang penting saya mendapat restu daripada ibu bapa kedua-dua pihak dan tak melakukan benda yang bukan-bukan," katanya. Sementara itu, Anne ketika ditanya perkara yang sama ringkas berkata: “Saya tak nak cakap lebih-lebih. Takut takbur. Kalau ada hujung tahun ini, insya-Allah saya beritahu".
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails