Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Anne Ngasri Raya Di Singapura

Anne atau nama sebenar, Nasriah Ngasri, mengakui hubungannya dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Sayang Sayang dan Jangan Ganggu Pacarku itu kini berada di tahap serius dan sudah membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga. “Memang kami ada perancangan untuk berkahwin, tapi ia bukan dalam masa terdekat atau selepas raya ini. “Perkara itu belum dibincangkan lagi secara lebih lanjut. Apabila sampai masanya nanti, saya tidak akan menyorokkan berita baik ini, Insya-ALLAH. Hubungan cinta antara mereka berputik sejak lapan bulan lalu semasa menjalani penggambaran telefilem Cinta Kita di mana mereka sama-sama terlibat dalam cerita itu. Berbicara mengenai persiapan Aidilfitri, Anne berkata, dia lebih banyak membuat persiapan untuk anak-anaknya dan akan beraya di rumah kedua ibu bapanya di Kuala Lumpur. “Saya lebih utamakan persiapan seperti baju raya untuk anak-anak dan sudah membelinya bersama Aliff yang dipanggil dengan gelaran ‘Daddy’ oleh anak-anak saya. “Selain itu, saya juga sudah membuat perancangan untuk beraya di kediaman ibu bapa Aliff di Singapura dan raya kali ini terasa ‘best’ sebab anak saya yang bongsu, Naszharah dah boleh berjalan,” katanya dalam nada ceria.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails