Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Asmidar gembira kini diurus pihak Warner Music
Selepas menjuarai pertandingan "Vokal Bukan Sekadar Rupa" (VBSR), Asmidar meluahkan rasa syukur apabila disunting menjadi artis di bawah naungan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.
Perjanjian yang ditandatangani sehari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan , Asmidar menganggap itu adalah rezekinya sebelum kedatangan bulan mulia bagi umat Islam.
Walaupun masih baru, vokal yang dimiliki memang tidak perlu dipertikai lagi apabila lagu "Biar Sampai Ke Bintang" betul – betul menguji kredibilitinya sebagai seorang penyanyi. Tidak perlu disangkal, suaranya yang besar dan lunak memungkin dia memenangi pertandingan VBSR sebelum ini.
Pemilik nama sebenar, Norhasmidar Ahmad memberitahu bahawa peluang yang diperolehinya akan digunakan sebaik mungkin untuk menempa nama di dalam industry muzik penuh cabaran ini.
"Saya bersyukur sangat selepas menjuarai pertandingan VBSR, pihak Warner telah meluahkan hasrat mereka untuk menjadikan saya sebagai antara artis dibawah naungan mereka."
Jika sebelum ini dia bergerak solo dan semuanya dilakukan sendiri, kini semuanya akan diuruskan oleh pihak syarikat rakaman.
"Saya ini jenis yang cepat lupa, tambahan pula sebelum ini saya bergerak solo, lagi bertambah perkara yang saya harus buat. Kini semuanya diuruskan oleh pihak syarikat rakaman."
Harapan bagi penyanyi baru seperti Asmidar, 26 tahun. sememangnya mahukan yang terbaik di dalam karier seninya, harapan itu jugalah yang dia inginkan apabila berada di bawah pengurusan Warner Music Malaysia.
Di dalam kontrak yang tertulis, Asmidar akan merakam sebuah album penuh selama setahun kontraknya bersama pihak Warner dan juga 3 tahun pilihan untuk menyambung ataupun bergerak sendiri selepas itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]