Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Julia Ziegler tenang di Mekah

3 Ogos - Julia Ziegler atau nama sebenar Julia Binti Bob Fauzi Ziegler mengakui dirinya berasa lebih tenang apabila berada di Mekah ketika mengerjakan umrah pada 25 Jun hingga 8 Julai yang lepas bersama emak dan juga saudaranya. Bagi pelakon yang pernah membintangi filem "Jangan Tegur" ini, rancangan untuk ke Tanah Suci dibuat disaat akhir kerana terlalu sibuk dengan aktiviti lakonan. "Perkara ini dibuat di saat akhir, kerana saya dah banyak kali buat perancangan mahu pergi ke sana namun baru tahun ini berkesempatan untuk melawat rumah Allah ." Ujar pelakon berdarah kacukan Inggeris ini, dia tidak menyangka tarikh yang dipilih itu merupakan tarikh hari jadi ibunya. Julia berasa amat bersyukur kerana Allah seperti mengetahui apa yang dimahukan dan memberikan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga. "Waktu pilih tarikh tu tak sangka pulak hari jadi emak saya, ini kira secara kebetulan kot. Saya menunaikan Umrah dan pada masa yang sama emak saya pun ada menyambut hari jadinya sekali." Tidak dapat digambarkan lagi ketika berada di sana apabila melihat kehebatan ciptaan Allah dan ketenangan yang dirasai selama lebih dua minggu berada di sana. "Ketika di sana hati saya berasa sangat tenang, saya menjadi percaya dengan diri sendiri bahawa saya mampu melakukan apa yang orang lain tidak dapat buat. Ketika itu, tidak dapat digambarkan dengan kata- kata, saya amat merasai kelainannya." Ujar Julia yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw di One World Hotel, Damansara, kelmarin. Disebalik keinsafan yang dimiliki ketika berada di Tanah Suci bulan lalu, Julia Ziegler berasa terkilan dengan beberapa pengikutnya di laman Twitter apabila dia dikatakan riak setelah memuat naik beberapa keping gambar di laman Twitter-nya. "Tujuan saya muat naik gambar itu hanyalah untuk berkongsi rasa gembira dan rendah diri saya apabila dipanggil untuk berada di Tanah Suci. Tiada niat untuk riak atau menunjuk-nunjuk. Disebabkan saya merasa itu seperti kritikan negatif dan hanya menggangu mental saya. Saya mengambil keputusan untuk memadam gambar tersebut." Dalam perkembangan lain, ketika ini Julia lebih banyak meluangkan masa untuk berehat dan baru sahaja tamat penggambaran iklan komersial di Singapura.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails