Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Bapa Fouziah Gous Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon terkenal Fouziah Gous iaitu Mohd Gous Ghulam, 76, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kira-kira pukul 10 pagi pada 11.08.2012. Menurut pengurusnya, Noza, Fouziah diberitahu mengenai kematian bapanya pada pukul 11 pagi tadi dan mereka bergegas ke hospital. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sajadi Ibrahim dan lima anak. Berita sedih itu disahkan sendiri oleh pelakon tersebut menerusi laman sosial Twitter miliknya pada Sabtu. Usaha menghubungi Fouziah juga gagal kerana masih terkejut dan enggan ditemu bual oleh media. Noza turut memberitahu Allahyarham memang menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dan keadaannya seperti biasa beberapa jam sebelum Fouziah keluar untuk ke lokasi penggambaran.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails