Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Farid akui tanda positif

SELAIN kerjaya, kisah cinta lelaki bernama Farid Kamil, 31, ini sering menjadi tumpuan utama masyarakat terutama bagi mereka yang menyanjung Farid sebagai idola pujaan mereka. Itu bukanlah sesuatu yang pelik. Sudah namanya pun Hero Malaya, jadi tak mustahillah cerita peribadinya ingin diselongkar dan diketahui peminat. Daripada awal bibit percintaan, sehinggalah timbul isu cincin emas putih bertatah berlian yang dihadiahkannya kepada kekasih hati, pelakon Diana Danielle, Farid ternyata tak terlepas daripada mata umum. Meski tidak pernah meminta cerita cintanya dijaja, Farid bagaimanapun mengaku dia tidak pernah muak apabila topik cintanya dengan Diana menjadi bahan. Menurut Farid, dia begitu memahami situasi bila mana orang akan sentiasa mencari gali isu peribadi apabila seseorang itu memilih jalan bergelar artis. "Biasalah tu, saya kan pelakon, jadi apa pun yang saya buat orang nak ambil tahu. Bagi saya, ini adalah salah satu cara untuk saya lebih dekat dengan peminat. "Selain boleh berkongsi hal kerjaya, cerita peribadi pun mereka ingin tahu. Itu merupakan sesuatu yang normal," katanya. Pun begitu, sejauh manakah Farid dapat menerima dengan hati yang ikhlas untuk menjawab setiap kali ditanya mengenai soal cinta? Lalu ini jawapan yang diberi. "Tak menjadi hal selagi ia tidak keterlaluan. Bagi saya ia satu tanda positif. Apabila orang nak tahu mengenai saya, itu bermaksud saya masih diperlukan dalam industri ini dan mereka mengambil berat tentang saya. "Saya cuma akan rasa terganggu apabila ada sesetengah kenyataan yang interpretasinya terhadap saya jauh tersasar dari realiti. Contohnya macam laporan yang tak tepat dan tak bernas," katanya. Kesempurnaan FaridHampir 12 tahun berada dalam lapangan seni hiburan tanah air, Farid tentunya telah banyak mencungkil pengalaman. Mengaku bukan mudah untuk berada di dalam kedudukannya sekarang, Farid menyifatkan semuanya dilalui seiring dengan proses kematangan diri. "Saya rasa saya semakin matang dalam melayari kehidupan sebagai anak seni. Malah, setiap hari, saya akan belajar benda baru yang memberi manfaat pada saya. "Paling ketara, kalau dulu, orang kata saya ni cepat sensitif, sekarang, rasanya sifat itu sudah berkurangan dalam diri. "Saya anggap segala kritikan dan teguran oleh sesiapa pun, sebagai satu panduan untuk saya membina jati diri di masa akan datang," katanya yang baru sahaja selesai penggambaran filem Pengapit baru-baru ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails