Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tak popular tak apa - Linda Hashim

ANITA ini mengaku bahawa namanya tidak masyhur dan belum pernah menggondol anugerah popular. Biarpun ada yang mengatakan dirinya standard berlakon drama televisyen saja, bukan filem sebab itu dia dalam kategori pelakon sendu, tapi dia tak pernah ambil kisah. "Tak semua artis bernasib baik bila masuk dalam industri seni. Maknanya, berlakon kali pertama terus jadi terkenal. Ada juga yang lambat naik, dah berpuluh-puluh drama berlakon, baru orang nak kenal. Dalam bab ini, saya termasuk dalam kategori kurang bernasib baik. Tapi tak mengapa sebab apa yang tersirat ada hikmahnya," katanya jujur. Adakah kenyataan Linda itu mempunyai unsur kecewa tambahan pula dengan kemunculan ramai pelakon baru sekarang ini yang membuatkan pihak stesen televisyen dan penerbit memilih siapa pelakon yang menjadi pemainnya? Jawabnya: "Saya tak kecewa cuma saya terima hakikat arus industri hiburan kita ini sukakan pembaharuan dalam produk mereka. Sebab itu juga perhatian penerbit drama dan filem kini tertumpu pada artis baru. Mungkin juga melupakan pelakon yang sedia ada nama. Tak apalah, bagilah peluang pada mereka nak naik. "Jadi saya cakap pada diri saya, sekarang ini zaman artis baru. Saya dah pernah rasa semua itu, macam zaman karpet merah. Jadi tak salah kalau pendatang baru hari ini merasai apa yang saya pernah rasai dulu," bidasnya. Kalau begitu, pasti Linda ada alasan tersendiri andai orang mengatakan pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini seorang yang 'sendu' lantaran tenggelam dengan kehadiran pelakon baru sedia ada? "Saya tak kisah kalau orang nak cakap apa. Sebab sekarang ini masa saya bekerja berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti. Saya juga percaya kualiti menjulang nama seseorang artis. Orang nampak kredibiliti kita. Apatah lagi, kalau terlibat dengan naskah berat, orang akan nilai bakat seseorang artis itu," kata pelakon filem Tanda Putera ini. Siapa Beego?Dalam pada itu, pelakon drama Fatimah Juling ini juga turut terlibat dengan persoalan cinta apabila namanya dikaitkan dengan pelakon Beego. Katanya: "Ya, saya memang sedang berkawan rapat dengan Beego." Dalam pada itu, Linda mengaku bahawa dia mahukan pasangan hidup memandangkan usianya sudah mencecah 28 tahun. "Saya memang rancang nak kahwin tapi tak tahu dengan siapa. Kalau ditanya kriteria lelaki pilihan saya, saya mahu seorang lelaki yang jujur, ikhlas, menghormati dan bijak merancang untuk masa depan," katanya di akhir perbualan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails