Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
'Lara hati Almy'
Almy Nadia buat pengakuan hubungan cinta dengan Fizz Fairuz bagai retak menanti belah
LARA hatinya tiada siapa yang tahu. Setiap insan bernama wanita ingin sekali disayangi dan dicintai, namun buat pelakon jelita, Almy Nadia cintanya sudah beransur pergi. Hatinya kosong, jiwanya merana dek sikap kekasihnya yang juga Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Fizz Fairuz.
Sebelum ini, sukar buatnya meluahkan apa yang terbuku di hati, jauh sekali membuka pekung hubungannya dengan Fizz. Luarannya nampak indah dan bahagia, apatah lagi Fizz sudah membuka mulut dan mengumumkan akan melamar sebagai suri hidupnya tahun ini.
Di sebalik itu, hanya Tuhan lebih mengetahui. Hubungan mereka tidak seindah yang digambarkan, lebih banyak kepincangan daripada melakar bahagia sejak dua tahun kebelakangan ini.
Jujurnya, Almy yang kini muncul dalam drama Cinta Berkalong Duri di RTM mengakui: “Episod bahagia sudah lama berlalu pergi, yang hanya tinggal kini perasaan yang sukar nak ditafsirkan. Bagi saya, Fizz meninggalkan beban yang tidak terpikul rasanya apabila mengumumkan mahu melamar saya tahun ini.
“Sana sini orang asyik memperkatakan soal perkahwinan saya dan Fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran Fizz. Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan.
Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media, sedangkan kami tidak pernah berbincang soal kahwin. Hubungan kami juga boleh diumpamakan retak menanti belah sejak dua tahun kebelakangan ini.
“Tidak perlulah saya membuka mulut kenapa penghujung hubungan kami jadi begini, biarlah saya simpan jauh-jauh di lubuk hati apa yang berlaku antara saya dan Fizz. Saya juga sudah penat menjawab pertanyaan keluarga, rakan-rakan dan peminat, tiada jawapan pasti untuk perhubungan kami.
“Saya akui pada awal perhubungan dulu, saya ada mengajak Fizz berkahwin kerana saya tidak sanggup melalui ujian dan kepincangan dalam hubungan yang terlalu lama tanpa ikatan, tapi ketika itu, Fizz tidak bersedia lagi.
“Dia mahu berjaya dalam kerjayanya sebagai pelakon dan mengumpul duit terlebih dulu. Saya faham, saya tahu bukan senang nak membina rumah tangga tanpa kewangan kukuh. Tapi, lama kelamaan hubungan kami semakin renggang, semakin jauh selepas tiga tahun bercinta.”
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
