Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tekad Haizi Rani!

NAMANYA sedikit tenggelam sejak kebelakangan ini tapi itu tidak bermakna dia terus dilupakan. Satu ketika dahulu nama Haizi Rani pernah mewarnai industri penyiaran tanah air tetapi akhirnya dia hilang begitu sahaja. Tidak tahu di mana kelibat Haizi ketika itu, ramai sebenarnya yang mempercayai bakat besar yang dimiliki olehnya. Bukan sekadar boleh membaca berita dengan baik, Haizi juga pernah merakamkan album suara yang sedikit sebanyak mempopularkan namanya. Menafikan khabar kononnya dia sudah 'bersara' dari dunia seni, bekas peserta Sinaran Pasport Kegemilangan ini sebenarnya hanya berehat panjang. Dia masih lagi aktif dengan perniagaan walaupun adakalanya publisiti yang diberi sedikit kurang berbanding dengan personaliti yang lain. "Hampir lima tahun saya menyepikan diri dan membuatkan saya sedar rumah tangga perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding dengan hal-hal lain. Sebaik sahaja berkahwin saya terus menyepikan diri sebab fokus untuk mendapatkan anak. "Dua tahun juga menunggu dan akhirnya saya dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Luth Iskandar Ahmad Fazlan. Kehidupan saya sudah semakin sempurna dengan kehadiran suami dan anak," katanya sambil tersenyum puas. Bagi Haizi, dia tidak pernah melupakan pengalaman membaca berita di TV3 apatah lagi pengalaman tersebutlah yang banyak menaikkan namanya selama ini. Mengakui ada kalanya dia cukup rindu dengan kerja-kerja tersebut, Haizi mahu kembali kepada industri dengan pelbagai perancangan. Terbaru dia sudahpun menjadi hos kepada rancangan Resipi Sunnah yang disiarkan melalui TV9. Ketika ditemui semasa pelancarannya, ibu kepada seorang cahaya mata ini yakin apa yang dipersembahkan dalam rancangan itu akan memberi manfaat kepada semua penonton. "Melalui rancangan ini, ia merupakan titik tolak kepada kemunculan saya ke dalam industri seni. Memang tidak pernah sesekali saya mahu melupakan terus bidang yang banyak menaikkan nama saya sebelum ini. "Ada juga yang tanya kenapa baru sekarang nak muncul. Tak kisahlah bila sekalipun sebab yang paling penting suami saya sudah memberi kebenaran untuk kembali aktif. "Selain itu ada juga beberapa perancangan lain yang telah saya atur termasuklah menjadi pengacara untuk satu rancangan trevelog yang masih dalam perancangan. Jadi nak cakap lebih-lebih pun tak boleh," jelasnya. Sepanjang terlibat dalam rancangan Resipi Rasulullah, Haizi banyak menimba pengalaman dan menimba ilmu melalui penyelidikan yang dilakukan. Tidak mudah sebenarnya untuk dia mengendalikan program yang sebegini memandangkan ia tidak boleh diambil mudah. Jelas Haizi lagi, dia cukup teruja digandingkan bersama Zuee Zulaikha dan Chef Andri Hadi pada yang akan menunjukkan pelbagai jenis makanan sunnah yang patut diamalkan. Rancangan ini akan disiarkan pukul 6.30 petang setiap hari Jumaat. Menyentuh soal nyanyian pula, Haizi yang pernah melahirkan album berjudul Terus Melangkah pada tahun 2004 masih berharap pada bidang tersebut. Walaupun sudah lama meninggalkan bidang nyanyian, dia surah merancang untuk merakamkan lagi tidak lama lagi. "Ada orang kata usia 33 tahun macam saya ni sudah terlambat untuk kembali menyanyi. Saya tak rasa itu satu perkara yang salah memandangkan ini merupakan minat dan bidang yang amat saya cintai. "Saya sudahpun bertemu dengan beberapa komposer nak minta lagu. Harap-harap ada lagu yang sesuai untuk saya dan akan mengembalikan nama Haizi Rani dalam bidang nyanyian juga." katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails