Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Raya cara SCHA

Lebih menyibukkan Scha ialah jika dahulu dia hanya perlu memikirkan persiapan dirinya saja namun sejak bergelar isteri, dia kini punya tanggungjawab terhadap suami. Bergelar isteri kepada Ahmad Awaluddin Ashaari atau Awal Ashaari 4 Mei lalu, Scha akui dia tidak menang tangan menguruskan persiapan hari raya kali ini tetapi amat teruja dengan pengalaman baru tersebut. Daripada langsir, kuih raya, juadah rumah terbuka, hinggalah warna baju raya, Scha gembira menguruskan segalanya membuatkan persiapan raya kali ini lebih meriah daripada biasa. "Selalunya, saya akan melakukan persiapan dua minggu sebelum tiba hari raya, tetapi kali ini saya mengawalkan segalanya kerana perlu memikirkan persiapan bersama. "Antaranya memasang langsir. Awal sangat teringin mahu memasang langsir kerana rumah kami hanya menggunakan bidai sebelum ini. "Menariknya, Awal memberi kebebasan kepada saya membuat keputusan memilih baju raya kami iaitu rona hijau pucuk pisang. "Saya sangat gembira dengan kepercayaan yang diberi memandangkan dia amat terkenal dengan sifatnya yang teliti, membuatkan saya tidak sabar menyambut hari raya pertama sebagai suami isteri," ujarnya ketika ditemui di Kenanga Wholesale City(KWC), di sini baru-baru ini. KWCSeperti wanita lain, membeli-belah sesuatu yang menggembirakan dan ia lebih mengujakan apabila ada sebab untuk melakukannya iaitu hari raya. Mengakui seorang yang suka mengikuti perkembangan fesyen, Scha memilih KWC sebagai lokasi mencari baju dan aksesori raya memandangkan variasi fesyen yang disediakan di sana. "Mudah membeli-belah di sini kerana pelbagai fesyen tidak kira tradisional mahupun moden disediakan di bawah satu bumbung. "Baju-baju di sini juga murah dan kita akan mendapat potongan jika membelinya secara borong. "Selain itu, KWC besar, selesa dan tersusun, berbeza dengan kebanyakan pusat beli-belah fesyen borong lain," ujarnya yang baru saja dilantik menjadi jurucakap KWC. KWC adalah pusat beli-belah fesyen borong sehenti pertama di Malaysia yang menyatukan pelbagai perniagaan berasaskan fesyen, aksesori, kasut, hadiah dan produk kecantikan di bawah satu bumbung. FesyenCerita Scha, dia menggemari warna-warna lembut. Walaupun mengikuti perkembangan fesyen, dia akan mengubah suai fesyen tersebut mengikuti keselesaannya. "Saya jarang memakai aksesori berlebihan kecuali rantai dan subang yang sederhana mengikut kesesuaian. "Bagi kasut pula, saya menggemari kasut leper seperti ballerina dan kasut tumit tinggi pula yang sederhana untuk dipakai di majlis-majlis. "Saya lebih suka menggayakan seluar daripada gaun kerana senang untuk berjalan dan tidak seksi," ujarnya yang juga menggemari cekak dan riben.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails