Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Agnes naik angin selepas buat persembahan



Bintang sensasi Indonesia dakwa wakil penganjur meninggi suara

MINGGU lalu sebelum ke Kelantan, Zubir berpeluang menjenguk ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyaksikan siaran secara langsung Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17). Tahniah buat semua pemenang. Keputusannya telus, tidak ada pertikaian langsung. Kerja kamera daripada ntv7, penataan cahaya, audio, pentas memang cun!



Cuma apa yang nak Zubir bebelkan di sini ialah mengenai segmen persembahan AIM17. Apabila kita menyebut AIM, sudah pasti kita menekankan aspek vokal artis yang membuat persembahan pada malam itu. Maaf cakaplah, sebilangan besar artis yang diundang membuat persembahan pada malam itu, buka saja mulut, vokal ke laut! Bagi Zubir, artis yang benar-benar membuatkan Zubir terpesona dengan vokalnya ialah Yuna. Pendapat Zubir turut disokong oleh Ketua Juri AIM17, Ramli MS yang melabel Yuna sebagai intelligent artist!

Begitu juga pemilihan penyampai trofi pada malam itu tidak kena dengan kategori yang disampaikan. Zubir sekadar memberikan contoh, pelakon terkenal, Rashidi Ishak dan Liyana Jasmay diberi penghormatan menyampaikan trofi kepada pemenang Lagu Terbaik dan Album Terbaik iaitu anugerah tertinggi dalam AIM17.
Benar, Rashidi dan Liyana ada album, tapi apakah pencapaian tertinggi mereka di bidang muzik, filem atau drama mereka?

Sewajarnya bagi kategori berkenaan, pemenang sepatutnya menerima trofi daripada insan seni yang sudah mencipta kegemilangan di arena muzik sebelum ini seperti Datuk Ahmad Nawab, Datuk Yusni Hamid, Ramli Sarip, Francisca Peters, Aishah mahupun Jamal Abdillah (sekadar menyebut beberapa nama), barulah ada kelas!
Begitu juga pakaian artis pada malam itu, sedih. Dalam kad jemputan sudah tertera, kod pakaian ialah black tie. Namun, rata-rata pemenang yang naik menerima trofi di pentas, maaf cakaplah pakaian pun selekeh dan ada yang tahap gaban! Zubir sekadar memberikan contoh, komposer terkenal yang menempa kejayaan besar pada malam AIM17, Audi Mok sekadar mengena kemeja-T tanpa kolar. Bagi Zubir, Audi tak naik ke pentas malam itu pun tak apa sehingga Faizal Tahir mengeluarkan kata-kata seperti ini: “Ya Allah, Audi (Mok), you wearing this.”

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zubir nak menegur mengenai sikap bintang sensasi Indonesia, Agnes Monica yang boleh Zubir label berada pada tahap poyo gaban! Ketika dia diundang penganjur di Malaysia membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha baru-baru ini, Zubir teruja untuk menonton, persembahan Agnes adalah satu-satunya artis yang terbabit dalam Minggu Setiausaha yang menjadi pilihan Zubir.

Pada hari kedua persembahan Agnes, Zubir turut membawa Stacy AF6 menonton bersama kerana bercadang menggandingkan Stacy dan Agnes dalam satu sesi fotografi memandangkan Stacy pernah dilabel peminat dan media massa sebagai Agnes Monica Malaysia! Segala perancangan sudah diatur bersama pihak penganjur untuk merealisasikan fotografi berkenaan.

Namun, tidak berapa lama sebaik saja tamat persembahan Agnes, Zubir pun membawa Stacy ke bilik persalinan Agnes di belakang pentas untuk bertemunya, namun sebaik saja pintu dibuka, inilah dialog Agnes yang Zubir dengar dengan jelas:

“You raised your voice to me and my management!”. Zubir perhatikan Agnes sedang bertegang urat dengan wakil penganjur apabila difahamkan, Agnes tidak berpuas hati kerana dia diminta untuk menghadiri sidang media dan bergambar dengan Stacy oleh wakil penganjur kononnya dengan arahan yang agak keras!

Apabila diperhatikan keadaan semakin tegang, Zubir terpaksa masuk campur dengan berkata: “Agnes, jangan ribut-ribut, saya hanya mahu ambil gambar...” Mendengarkan kata-kata itu, dalam keadaannya yang masih melenting dengan wakil penganjur, dalam keterpaksaan dia bergambar juga bersama Stacy, walaupun Zubir tahu, dia tidak ikhlas!

Baru dua, tiga snap gambar dirakamkan, Agnes sudah beredar. Memang terperanjat Zubir dan Stacy menyaksikan kelakuan Agnes begitu, tanpa menghiraukan siapa yang berada di sekelilingnya, dia emosi!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails