Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tak ada wartawan artis huru-hara - Radhi


Ketika ada artis dan pihak tertentu yang asyik menyerang wartawan hiburan dengan cacian dan cercaan, penyanyi Radhi OAG lain pula pendapatnya.

Masa Niezam duduk borak-borak sambil bercerita tentang kehidupan serta masa depan dengan dia baru-baru ni, kata Radhi, kerjaya wartawan adalah pekerjaan yang sangat mulia.

Dia amat kagum dengan tugas seseorang wartawan itu untuk melaporkan berita.

Malah selama ini segala perangai buruk dan sikap tak baik Radhi yang pernah ditulis wartawan, dia tidak pernah kecil hati.

Kalau wartawan tak tulis dan tak mengingatkan seseorang artis itu, mereka tak akan sedar seperti apa yang terjadi kepada Radhi.

“Saya hormat kerja wartawan. Saya anggap tugas mereka memang baik. Wartawan mengkritik kita sebab dia orang sayang kita.

“Dia orang tulis dan tegur sebab dia orang tak nak tengok kita terus hilang arah macam apa yang berlaku kepada saya ni.

“Kalau kita tak buat salah, tak akan ada wartawan yang akan kutuk dan kritik sesuka hati? Jadi kalau dah jadi artis kita jangan buat salah,” katanya.

Menurut pendapat Radhi, artis-artis harus ingat kalau tidak ada orang yang bernama wartawan, hidup dunia artis akan menjadi lebih teruk, huru-hara dan kucar kacir.

Selama ni bila ada wartawan tulis perangai buruk Radhi, dia sedar itu semua disebabkan kesalahan yang dia lakukan. Bukan sengaja wartawan nak tulis.

Kerana tulisan-tulisan itulah dia terdorong untuk berubah.

“Saya juga tak mahu hipokrit. Saya berani mengaku yang saya ambil najis dadah sejak berumur 15 tahun sehingga keadaan jadi semakin teruk sekarang ni.

“Sebab itulah saya nak wartawan tulis supaya orang lain tak ikut sifat buruk saya ni,” katanya.

Tak semua orang berfikiran macam Radhi dan berani macam Radhi. Orang selalu kata wartawan ni hanya suka jaga tepi kain orang. Memang betul pun. Kalau dah pakai kain koyak, koyaklah yang dilaporkan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails