Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kereta Peugeot 307 Kesayangan Stacy Hancur!


KUALA LUMPUR, 14 MEI 2010: Baru setahun, Stacy memiliki kereta Peugeot 307! Itupun selepas dia menjuarai program realiti Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) terbitan Astro. Malangnya, kereta kesayangannya itu sudah pun hancur selepas abang Stacy, Chelton yang memandu kereta itu telah pun ditimpa kemalangan yang teruk pada Ahad lalu.

Stacy yang ditemui ketika diumumkan sebagai duta kepada produk penjagaan kulit Clinelle kemarin memberitahu media yang dia amat sedih apa yang terjadi dengan kereta kesayangannya itu.

"Stacy sedih dan ralat juga apabila mendapat tahu kereta yang Stacy dapat semasa menjuarai Akademi Fantasia itu hancur dan tidak boleh digunakan lagi kerana kereta itu Stacy baru sahaja dapat setahun yang lalu.

"Tapi, Stacy amat bersyukur sekali kerana Chelton telah selamat dalam kemalangan itu walaupun dia mengalami kecederaan yang agak teruk sehingga kaki sebelahnya patah ", kata Stacy.

Jelas Stacy lagi, Chelton yang sentiasa menemaninya ke mana-mana serta bertindak merangkap pembantu peribadinya itu tidak dapat mengawal kenderaan yang dipandunya sehingga terbabas melanggar pembahagi jalan.

Menceritakan saat-saat cemas sewaktu dia diberitahu bahawa abangnya itu terbabit dalam insiden yang tidak diduga, Stacy berkata, kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu sewaktu dia pulang bercuti ke Sabah.

"Sebaik saja diberitahu bahawa Chelton ditimpa kemalangan di Bandar Kinrara pada Ahad pagi itu, Stacy terkejut sangat-sangat.Lebih mengejutkan lagi bila beberapa ahli keluarga Stacy datang ke tempat kejadian, mereka dapati dapati tayar dan bateri kereta sudah pun dikebas orang," katanya,

Stacy yang ditemui redha dengan apa yang berlaku dan bersyukur apabila mendapat tahu bahawa Chelton selamat dalam kemalangan itu.

"Apa yang penting sekali adalah nyawa bukan kereta. Dia kini masih lagi menjalani rawatan di Hospital Serdang," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails