Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nana XFM berbadan dua


TERMAKBUL juga doa dan pertanyaan orang yang menginginkan penyampai radio XFM, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan untuk bergelar ibu. Cik Normah dapat tahu pun selepas teman sepejabat menyuruh membuka blog XFM pada Ahad lalu.

Cik Normah yakin Pengurus Program Hitz FM yang juga suaminya iaitu Mohamed Raqeem Brian Abdullah pasti gembira bukan kepalang lagi apabila mendapat tahu berita ini. Nana juga tak lokek berkongsi perasaannya di dalam blog itu. Iyalah benda baik buat apa nak disembunyikan.

Usia kandungan Nana sekarang sudah menjangkau 15 minggu. Cik Normah dapat tahu Nana pun tak menyangka semuanya menjadi kenyataan dan ia dikongsi pada Hari Ibu yang disambut Ahad lalu. Dalam blog Nana, dia menyebut dia membuat pemeriksaan sendiri dengan menggunakan alat penguji kehamilan pada 26 Februari lalu. Tanpa meletakkan harapan yang tinggi, Nana menangis apabila alat itu menunjukkan makna yang positif. Suami Nana ketika itu pun tersenyum bersyukur.
Untuk mengesahkan apa yang dirasainya itu, Nana ke klinik. Dan sah memang Nana sudah mengandung.

Tahniah Cik Normah dan rakan sepejabat di Hip ucapkan kepada Nana yang sudah berbadan dua. Biarpun masih di peringkat awal, Cik Normah harap Nana tak terlalu lasak sangat ketika membuat kerja. Iyalah, malang selalunya tak berbau.
Apa-apapun di kesempatan ini, Cik Normah nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu, mama, umi, bonda, mummy atau apa saja gelaran yang sewaktu dengannya. Cik Normah saja yang belum ada rezeki lagi. Setakat ibu angkat adalah.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails