Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rita & Aidil didenda RM500


JIKA sebelum ini pasangan Bung Moktar dan Zizie Izette naik mahkamah, kini giliran Rita Rudaini dan Aidil Zafuan pula mengambil tempat. Dah macam acara marathon di mahkamah pulak dah artis kita ni ya.

Pasangan ini masing-masing didenda RM500 atau penjara 15 kerana bernikah di Songkhla, Selatan Thailand tanpa kebenaran mahkamah pada pukul 9.30 malam, 25 Februari tahun lalu.

Tak mengapalah Rita... Joyah rasa RM500 tu bukanlah satu jumlah yang besar jika mahu dibandingkan dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh pemain bola sepak kebangsaan itu kepada dirinya. Anak pun makin membesar dan rasanya lebih baik Rita dan Aidil menyelesaikan denda tersebut cepat-cepat. Baik tumpu perhatian kepada permata hati yang comel itu.

Kepada artis lain, jangan sesekali cuba nak menikah di Selatan Thailand mahupun Batam, Indonesia. Esok kalau naik mahkamah, Joyah juga yang nak kena tulis cerita anda!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails