Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Along, Zila pakej?


BILA hati sudah ada cinta yang membara, pastinya takut untuk berpisah walau seketika. Itu agaknya yang sedang dialami oleh Along dan Zila, pasangan yang baru bernikah pada 23 Januari lalu.

Diva dapat cerita yang mereka enggan berpisah walaupun seketika. Buktinya, ada yang menyampaikan berita kepada Diva tentang 'pakej' mereka ini.

Khabarnya Along sudah mengenakan pakej terhadap kemunculannya. Kalau mahukan dirinya muncul dalam satu-satu acara, perlu ambil secara pakej iaitu isterinya sekali.

Tak faham juga kenapa Along mengenakan syarat begitu. Adakah kerana dia mahu mengetengahkan bakat isterinya yang belum habis digilap ataupun memang tidak mahu berpisah langsung dengan si isteri.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails