Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

'Saya tahu siapa Ryzal'-Nurul



LUMRAH kehidupan tidak akan terlepas daripada ujian dan sebagai hamba Allah, Nurul belajar menerima semua ketentuan tanpa perlu pantas menuding jari menyalahkan sesiapa.

Bagi Nurul, manusia bebas bersuara apa saja dan dia cuba untuk tidak terlalu memikirkan prasangka negatif orang luar yang akhirnya cuma merosakkan kebahagiaan yang baru berputik.



Akuinya, setiap insan mempunyai masa silamnya sendiri dan dia tidak memiliki kekuatan untuk menghalang orang luar daripada terus memperkatakan perihal lalu kekasihnya, Ryzal Marzuki. Pemilik nama lengkap Noorul Huda Abdul Wahab ini cuma mampu membiarkan saja cerita yang hangat dibualkan mengenai Ryzal bertebaran. Baginya, tiada guna dia memberatkan mindanya hanya kerana mahu memuaskan hati pihak lain kerana lambat laun perkara yang dibualkan itu akan sepi juga.

Kata Nurul, cukup jika cuma dirinya yang memahami dan menerima jawapan sebenar daripada lelaki itu kerana semuanya terlalu peribadi untuk dikongsi bersama khalayak. Bohong jika tidak terdetik perasaan curiga pada permulaan berita lelaki yang membina karier sebagai usahawan itu masih lagi suami orang tersebar luas.

Bagaimanapun, sebaik mendapat kepastian daripada teman lelaki dan keluarga jejaka itu, semua keraguannya beransur pergi. Apa yang dimahukan Nurul ketika ini, kebahagiaan yang tumbuh sejak dua bulan lalu itu akan terus mekar dan menerbitkan warna ceria pada hidupnya yang bergelar ibu tunggal sejak empat tahun lalu.

Kata Nurul positif, dia berterima kasih atas keprihatinan mereka yang menyayangi dirinya serta enggan melihat dia terus dikecewakan gara-gara terlalu menurut kata hati.
"Mungkin mereka melihat banyak perkara menyakitkan berlaku kepada Nurul hingga membuatkan mereka begitu prihatin serta berharap Nurul berhati-hati dalam menjalin hubungan. Apa yang dapat Nurul katakan, setiap insan mempunyai masa silam mereka sendiri. Begitu juga Nurul dan teman lelaki.

“Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami tidak berdepan masalah besar dan keluarga juga merestuinya. Tidak banyak yang boleh Nurul jelaskan kerana perkara ini adalah hak peribadi Ryzal.

“Cukuplah cuma Nurul yang tahu kerana dia sudah menjelaskan segala-galanya. Lagipun Nurul perlu menghormati keluarganya serta hati mereka yang pernah berada dalam hidup Ryzal," kata Nurul.

Kembali menyambung bicara, penyanyi yang popular dengan lagu Kala Hati itu bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang jejaka yang gemar berterus terang dan tidak pernah membiarkan dirinya terkapai-kapai mencari jawapan.

Dan lebih meyakinkan anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini apabila keluarga Ryzal juga membantunya ketika dia memerlukan jawapan pasti.

"Terpulang jika masih ada yang meragui kerana Nurul akur, bukan semua pihak senang dengan hubungan kami. Nurul cuma berlaku jujur kepada diri sendiri.

“Jika cuba berahsia, lambat laun masyarakat akan mengetahui juga kebenarannya. Nurul mendengar saja apa yang diperkatakan dan menggunakan akal untuk menimbang baik serta buruknya.

“Seperti pasangan bercinta lain, Nurul juga mengharap sesuatu yang baik akan berlaku dalam hubungan ini. Ada ketika dugaan seperti ini membuatkan kita lebih mengenali seseorang itu.

“Nurul enggan terlalu memikirkan apa kata orang kerana semua itu memberi tekanan kepada hubungan ini," katanya.

Ditanya penerimaan Ryzal terhadap isu itu, Nurul berkata, lelaki itu menerimanya sebagai rencah apabila memilih wanita yang dikenali ramai untuk bertakhta di hatinya. Cuma pinta Nurul, usah terus menghebahkan cerita yang tidak pasti tanpa terlebih dulu mencari jawapan sebenar kerana semua itu boleh membunuh privasi yang diimpikannya.

"Nurul tidak menafikan cinta ada kala membuat manusia buta dan sukar menerima kenyataan kerana terlalu pahit untuk ditelan. Tetapi Nurul sentiasa berpegang kepada kata hati. Orang di luar tidak tahu cerita sebenar tetapi yang merasai serta melihat adalah diri Nurul sendiri. Bersama Ryzal, Nurul belajar untuk tidak terus menyulitkan keadaan hanya kerana terlalu mahu memuaskan hati orang lain, katanya.

Akui Nurul, sejak cerita tidak berasas itu disiarkan kehidupan peribadinya tidak lagi tenteram apabila terus dihambat pertanyaan pihak yang mahukan kepastian daripadanya. Paling dielakkan, perkara itu akan menjejaskan nama baik Ryzal dan keluarganya yang terpaksa berdepan persepsi masyarakat.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails